gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
HIBURAN
“Saya Tahu Niat Dia Bukan Nak Bersama Saya…” - Azlan Komeng Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Kemelut Rumah Tangga
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sah! Shila Amzah Buat Laporan Polis, Dakwa Diserang Penyanyi Legenda - “Tidak Berlaku Sebarang Sentuhan Fizikal & Siasatan Masih…”

Gempak
Gempak
11/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Sah! Shila Amzah Buat Laporan Polis, Dakwa Diserang Penyanyi Legenda - “Tidak Berlaku Sebarang Sentuhan Fizikal & Siasatan Masih…”
Polis mengesahkan ada menerima laporan daripada penyanyi Shila Amzah berikutan dakawaan dia diserang sorang penyanyi legenda pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Dakwa Diserang Penyanyi Legenda? - “Bersyukur Sebab Kamu Orang Tua …”

Insiden yang berlaku di hadapan kru produksi itu dilaporkan memberi kesan emosi mendalam kepada Shila, sehingga memaksanya membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sekitar pukul 5.31 petang, Khamis.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya lagi, polis juga sudah merakam keterangan dua individu berhubung laporan yang dibuat dan tiada sebarang tangkapan buat masa ini.
"Pihak polis telah mengambil dua rakaman percakapan setakat ini. Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam masa sama dimaklumkan insiden yang berlaku pada Khamis itu tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal terhadap Shila.
Malah punca kejadian itu masih lagi dalam siasatan dan pihak polis juga akan memanggil penyanyi legenda untuk diambil keterangan.
“Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal. Siasatan masih dijalankan. Dalam tindakan untuk diambil keterangan,” katanya.
Sebelum ini, Shila menerusi satu perkongsian di Instagram memberitahu dia diserang oleh seorang legenda ketika mereka sama-sama terlibat dalam sesi latihan sebuah konsert.
Menerusi perkongsian itu, Shila kejadian itu memberi kesan kepada dirinya sehingga menyebabkan rasa tertekan dan mengalami serangan panik atau anxiety.
Susulan pendedahan itu ramai yang membuat spekulasi dengan menyebut beberapa nama penyanyi terkenal tanah air yang turut terlibat dalam konsert berkenaan.
Shila dijadualkan membuat persembahan di ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y pada Jumaat bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Penyanyi lain yang turut terlibat adalah Datuk Awie, Datuk Amy Search, Ella dan Jaclyn Victor.
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#Penyanyi legenda
#Diserang legenda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement