,
Laman Utama

Safiey Illias Upload Gambar Throwback, Netizen: “Kalau Abang Tak Tukar Jantina Dah Lama Hensem…”

Izwan Isa
25/12/2022
07:50 MYT
Usahawan kontroversi, Safiey Illias sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila memuat naik gambar throwback ketika dia masih di bangku sekolah.
Menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan, Safiey berkata gambar tersebut dirakam ketika dia berada di tingkatan 1.
Selain itu, Safiey turut mendedahkan tentang kesukarannya untuk mendapatkan tona kulitnya yang cerah seperti hari ini.
“Selamat pagi semua. Salam Jumaat. Saja upload gambar Nurwanita masa form 1. Gelap kan kita. Sebab tu sampai sekarang kita memang tak pernah tukar jual produk-produk kasi skin glow mulus gitu.
“Sebab kita pun struggle dulu nak dapat skin macam skrg. Sebab tu customer kita daripada 2010 sekarang tetap setia dengan kita walau kita keluarlah lain-lain brand produk. Sebab mereka dah percaya dengan keberkesanan produk kita,” katanya.
Safiey turut menjelaskan yang setiap orang perlulah mempercayai proses yang berlaku dan tidak membandingkan diri dengan orang lain.
“So tips pagi ni , trust the process tau. Nak dapat customer yang setia ni semuanya ambil masa. Jangan compare diri kita dengan orang lain.
“Lain orang lain targetnya, lain padang lain belalangnya,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji kesungguhan Safiey mengelolakan bisnesnya. Tapi, masih ada yang mempertikaikan keadaan usahawan itu pada masa kini yang ke arah kewanitaan.
“Safiey ni hebat orangnya. Kalaulah kamu menjadi diri kamu sendiri, nikahi seorang wanita, luaskan kerjaya. Banyak manfaat orang boleh dapat daripada seorang Safiey Illias. Dahlah SPM perform, bisnes perform. Tapi sayangnya, hmm.”
“Kalau abang tak tukar jantina dah lama hensem. Saya dah lama pendam ayat ni hari ni terpaksa jujur. Semoga ada cahaya hidayah abang untuk bertaubat.”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syifa Melvin Throwback Video Prengnancy Reveal! Netizen Terhibur Gelagat Safawi Rashid - “Tak Tahu Nak Sedih Ke Gelak, Apa Lawak Sangat Pawi Ni”

gempak
16/04/2024
11:55 MYT
Lucu lah Safawi ni.
Laman Utama

[VIDEO]"Aku Sungguh Masih Sayang Padamu, Jangan..."- Rindu Puteri Sarah? Syamsul Yusof Throwback Cuti Bersama

gempak
20/02/2023
00:39 MYT
Rindu Puteri Sarah? Syamsul Yusof Throwback Cuti Bersama
Laman Utama

Mahu Rebrand Diri, Safiey Illias Akui Tak Kuasa Nak Bercinta - “Sebab Kita Takut…”

gempak
21/12/2022
12:50 MYT
Siapa ada nama baharu!
Laman Utama

"Bankrap Celah Mana Ya?" - Safiey Illias Tunjuk Bukti Tak Muflis, Berehat Kejap Sebab Bipolar

gempak
17/12/2022
08:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh Safiey Illias menafikan dakwaan seorang pengguna di TikTok yang menularkan kisah bahawa dirinya kini bankrap.
Laman Utama

“Ada Masa Gaduh Tapi Akhirnya Tetap Dia Yang Dicari”- Giliran Isteri PU Abu Throwback Cari Rezeki Bersama Sejak 5 Tahun Lalu

gempak
08/11/2022
03:48 MYT
Giliran Isteri PU Abu Throwback Cari Rezeki Bersama Sejak 5 Tahun Lalu