,
Hiburan

Safee Sali Mengaku Sudah Kahwin Lain, Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Dua

Maliah Surip
26/03/2024
09:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.
Safee atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40, berkata, tiada halangan untuk mana-mana individu mahu berkahwin selagi ia sah dan menepati syarak.
“Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya?”
"Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan," katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa seperti dilaporkan Sinar Harian.
Safee hadir ke Mahkamah Rendah Syariah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Fitria Elfina Maharip, 44. Safee, 40, dan bekas isterinya berkahwin selama 11 tahun sebelum dia menghantar dua lafaz cerai menerusi pesanan suara di aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.
"Pesanan secara berasingan dihantar ke telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas. "Lafaz itu adalah 'saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak' dan 'sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak'," katanya pada prosiding berkenaan.
Fitria Elfina yang mendakwa suaminya berkahwin lain di Thailand pada Januari lalu memberitahu mahkamah lafaz cerai itu dilakukan Safee pada waktu dia dalam keadaan suci dan tidak mengandung.
Sementara itu, Safee memaklumkan, dia dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.
Beliau memberitahu, lafaz itu dibuat ketika beliau berada dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.
Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya 'terang' dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri," kata bekas penyerang kebangsaan itu.
Mohd Fakhrurrazi dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Safee bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.

Berita Trending: Netizen Tegur Leher Yazmin Aziz Nampak Macam ‘Love Bite’, Ini…

Berita Trending; Adik Lelaki Cuba ‘Sailang’ Suami Kakak - “Dia Confess Dekat Suami Aku”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

“Fattah Okay Sahaja Di Set Penggambaran, Dia Sangat Professional” - Liyana Jasmay

gempak
14/09/2024
23:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay enggan mengulas dan memberi sebarang komen berkenaan rumah tangga aktor, Fattah Amin. meskipun sedang menjalani penggambaran untuk sebuah naskhah bersama.