HIBURAN
Sabronzo Jawab Spekulasi Sudah Berpunya, Tak Akan Undur Diri Dari Dolla Lepas Kahwin - “Saya Tidak Menafikan…”
Penyanyi dan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, tidak menafikan atau mengiyakan mengenai dakwaan bahawa dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seseorang.
Bagaimanapun, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berpendapat bahawa sebagai individu yang menghargai privasi, buat ketika ini, dia lebih memilih untuk menjaga hal peribadi dan tidak mendedahkannya kepada umum.
“Saya seorang yang suka jaga privasi, bukan sengaja nak buat perkara itu jadi rahsia. Cuma bagi saya, kalau ia sesuatu yang saya ambil kisah, saya seperti keluarga atau pasangan saya, saya akan lindungi dan tidak akan tayang setiap masa.
“Insyallah doakan baik-baik sahaja. Kalau ada jodoh ada lah,” katanya.
Sabronzo juga menegaskan bahawa sebarang perubahan dalam kehidupan peribadinya tidak akan menjejaskan komitmennya terhadap Dolla, apatah lagi meninggalkan kumpulan tersebut sekiranya melangkah ke fasa perkahwinan.
“Tidak mungkin (akan keluar Dolla) sekiranya ke fasa seterusnya (kahwin). Kami semua sudah bekerja keras (untuk menaikkan Dolla). Ia bukan hanya kerja, namun minat.
“Selagi ada sokongan peminat dan kami masih berminat untuk membuat muzik, kami akan teruskan,” tambahnya.
Must-Watch Video