,
Hiburan

Rusuhan Muzik Indie Terbesar Bakal Berlangsung Di Riot Fest April Ini

Azwa Rahman
18/02/2020
08:55 MYT
Festival muzik Riot Fest bakal membuatkan pencinta muzik indie berkumpul dan meraikan genre kegemaran mereka.
Dua kumpulan tempatan Hujan dan Bunkface akan menjadi persembahan utama untuk festival indie terbesar di Malaysia ini.
Mengangkat tema cyber rock, Riot Fest turut akan dimeriahkan dengan persembahan Toko Kilat, Bittersweet, Plague of Happiness, Salamuzik dan ramai lagi.
Malah, festival ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas Aman RA.
Bermula seawal jam 4 petang, festival ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan sudut makanan dan fesyen tempatan.
Menurut Syazwan Shamsudin selaku penganjur Riot Fest, mereka berbesar hati dapat membawakan dua band gergasi untuk kepuasan penonton.
“Melihat karya-karya Hujan dan Bunkface, mereka sudah membuktikan kepada penggemar muzik indie bahawa mereka mempunyai kualiti yang harus dijaja dan diperkenalkan kepada generasi akan datang.
“Kami membawa kembali gabungan Hujan dan Bunkface yang terhasil 10 tahun lalu di KL Live,” jelasnya lagi.
Riot Fest akan diadakan pada 4 April 2020 di Maeps, Serdang.
Tiket dijual pada harga RM70, RM90 dan RM150 di proticket.com.my/riot-fest.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

gempak
12/09/2024
05:40 MYT
Siapa nak menang hadiah untuk ke SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!