,
Laman Utama

Ruri Republik Buang Rasa Malu Berniaga Air Kelapa - "2 Bulan Berniaga, Sehari Dapat RM300"

Shahrin Zulkifle
10/10/2022
14:00 MYT
Vokalis band terkemuka Indonesia, Ruri Repvblik akui dia masih tidak dapat melupakan kenangannya sewaktu meniaga jualan air kelapa ketika musim pandemik pada tahun 2019 lalu.
Menurut Ruri, demi kelangsungan hidup ketika itu, dia sanggup membuang rasa malu demi menjana pendapatan dengan berbekalkan kelebihan yang dimiliki.
“Pada saat itu bulan puasa dan juga pandemik, itu merupakan waktu yang sukar untuk saya dan juga semua orang.
“Kebetulan saya juga merupakan pelajar kulinari di Universiti dulu, jadi ada kelebihan untuk buat makanan dan minuman.
“Idea yang saya lakukan itu untuk menginspirasikan orang lain juga, jangan kita berasa malu untuk melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan untuk kita.
“Saya meniaga lebih kurang dua bulan, setiap hari saya terima lebih 1juta Rupiah (RM300), Alhamdulillah buat tambah pendapatan,” kongsinya.
Ruri ditemui pada sesi sidang media Konsert Repvblik Radja: Live In Kuala Lumpur yang berrempat di PWTC, Kuala Lumpur minggu lalu.
Dalam pada itu, penyanyi tampan itu turut berkongsi kisah mengenai jemputan yang diterima band Repvblik sebelum berlakunya Covid-19.
“Kalau dulu sebelum covid jemputan kami menyanyi adalah enam hari seminggu, jadi kami berehat hanya sehari sahaja.
“Bila dah Covid-19 jemputan kami hanya satu atau dua sahaja dalam satu bulan, memang menyedihkan.
“Sekarang dah boleh terima semula banyak jemputan, semoga rezeki Repvblik terus diperluaskan. Sampai hari ini, alhamdulillah penuh,” tambahnya.
Terdahulu, video Ruri meniaga jualan air kelapanya sempat tular di beberapa platform media sosial sehingga barangan jualannya laris setiap hari.
BACA: Ruri ‘Repvblik’ Beralih Jadi Penjual Es Kepal Keliling
Konsert Repvblik Radja: Live In Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 13 November depan dan memilih Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sebagai lokasinya.
Konsert yang dijangka berlangsung selama dua jam itu bakal menyaksikan gabungan dua band terkenal Indonesia iaitu Radja dan Repvblik.
Tiket sudah mula dijual bermula 26 September 2022 dengan harga bermula RM248 (Zone 6), RM348 (Zone 5), RM448 (Zone 4), RM598 (Zone 3), RM798 (Zone 2) dan RM698 (Zone 1).
Untuk lebih lanjut mengenai tiket konsert, sila layari www.ilassotickets.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Rai Ulangtahun Ke-19, Repvblik Band Datang Berkonsert Di KL Ogos Nanti! Yuletta Yucha Jadi Opening

gempak
05/07/2023
13:54 MYT
Dah 19 tahun usia Repvblik Band ya!