,
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

Mya Amri
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Haris Ismail masih baharu.

Banyak belajar selepas berkahwin

Menurut Neelofa, sebagai seorang isteri, dia banyak menimba ilmu menguruskan rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.
Bagaimanapun Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan oleh agama.
“Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit ini nampak manis dan bahagia.

“Setiap rumah tangga ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing.

“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar. “Apa yang boleh, selagi seorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kit & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Nasihat dalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Neelofa juga menasihati adik-adik yang ini mendirikan rumah tangga untuk mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebagai persediaan awal.

“Saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan.

“Untuk adik-adik yang nak kahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan. Ilmu itu sangat membantu,” ujarnya. Untuk info, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Beli Keperluan Rumah, Reaksi Nora Danish Pula Jadi Perhatian - “Seronoknya Kehidupan Macam Itu”

ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Kongsi Video Memasak, Netizen 'Usha' Benda Lain Pula...

ARTIKEL BERKAITAN:PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

gempak
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Viral

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi, Remaja Tertusuk Badik Maut Depan Pengantin

gempak
31/10/2024
11:45 MYT
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah desa di Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, Indonesia bertukar tragedi apabila seorang remaja maut tertikam diri sendiri.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Unitar