,
Laman Utama

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Nora Ariffin; "Allahuakbar Saya Tak Pasti ..."

Gempak
08/09/2023
10:28 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan dirinya masih bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.
Bercakap kepada Harian Metro, Nora, 50, berkata perkahwinan yang dibina hampir dua tahun itu berjalan dengan sederhana, namun sempurna.
"Alhamdulillah. Di sebalik kekerasan hidup sekarang, di usia 50 tahun, saya amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan suami, anak-anak, menantu yang banyak menyokong termasuk cucu yang menghiburkan," katanya.
Terdahulu, sumber Harian Metro memberitahu rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.
Ditanya adakah dia pernah mendengar suara-suara 'jahat' yang mengatakan rumah tangganya sedang goyah, Nora bagaimanapun enggan mengambil pusing segala tanggapan tidak benar itu.
"Allahuakbar. Saya tak pasti, apapun dalam usia begini, saya lebih mahu fokus kepada pelajaran anak-anak, projek baru, kesihatan dan kerjaya," katanya.
Nora mengumumkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi, dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.