,
Laman Utama

Rumah Dinaiki Air, Yantzen Tidur Atas Bumbung – “Air Naik Terlalu Cepat, Saya Panjat Bumbung Untuk Selamatkan Diri…”

Fiza Kamarudin
20/12/2021
11:36 MYT
Penyanyi rock, Yantzen, berkata dia hanya sempat mencapai satu beg pakaian sebelum memanjat ke bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.
Yantzen berkata, air naik terlalu cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan harta benda.
"Saya hanya sempat mencapai satu beg pakaian. Saya terpaksa panjat bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.
"Barang-barang seperti peti sejuk, tilam dan perabot semuanya habis tunggang terbalik. Kereta dengan dua motosikal termasuk milik teman saya tenggelam.
"Saya dan penduduk lain semalaman berlindung atas bumbung dalam hujan dan kesejukan sementara menunggu bantuan sampai keesokannya," katanya yang ketika ini berlindung di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (SKSS), Hulu Langat.
Menurut Yantzen dia tinggal bersendirian di kediamannya di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat.
Bekas bintang Gegar Vaganza 7 itu juga pasrah apabila hampir semua harta benda musnah.
"Jika hendak diikutkan, kerugian yang terpaksa ditanggung memang tinggi. Hampir 90 peratus barang rumah tenggelam. Tetapi saya tidak mahu mengusutkan fikiran.
"Alhamdulillah, ramai rakan ambil berat dan bertanya khabar. Tambah melegakan apabila sejak semalam, tiada hujan,
"Mungkin selepas keadaan semakin baik, saya akan pulang untuk membersihkan apa yang patut di rumah," katanya.
Katanya lagi, dia belum sempat menjenguk keadaan rumah dan tidak pasti sama ada air sudah surut.
"Buat masa ini, saya tinggal di PPS terlebih dahulu. Saya masih buntu apa yang perlu dilakukan kerana belum sempat meninjau keadaan terkini kediaman saya.
Yantzen berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa terkandas dengan menggunakan bot besar.
Selain itu, bekas vokalis kumpulan May itu turut merakamkan penghargaan kepada petugas PPS kerana melaksanakan tanggungjawab dan melayan mangsa banjir dengan baik.
"Saya amat berbesar hati dengan pasukan tentera yang menghantar kami ke PPS. Begitu juga petugas PPS yang melayan kami dengan baik. Alhamdulillah, makan minum kami cukup.
"Semua urusan sangat lancar dan teratur. Kami tidak perlu bersesak beramai-ramai di PPS. Sebaliknya, setiap bilik darjah hanya menempatkan enam mangsa.
"Setiap seorang diberi tilam... Setakat ini, tiada apa yang hendak dirungut," katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.
Berita

Hujan Lebat Berterusan, Banjir Kini Landa Kota Kinabalu

gempak
01/07/2024
01:55 MYT
Hujan lebat berterusan di daerah Kota Kinabalu sejak petang Ahad menyebabkan beberapa buah kawasan, kampung dan jalan-jalan utama dinaiki air.
Terkini

Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

gempak
01/05/2024
12:25 MYT
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
Hiburan

Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang

gempak
19/04/2024
06:30 MYT
Ribut petir yang melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa membuatkan sebahagian besar bandaraya tersebut lumpuh.