Hiburan

Ruhainies ‘Gone’ Selepas Isu Petik Nama, Chacha Maembong Profesional Jika Ada Projek Bersama - “Saya Tak Suka Gaduh Dalam Industri”

gempak
Asyikin Mayudin
12/12/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies ‘Gone’ Selepas Isu Petik Nama, Chacha Maembong Profesional Jika Ada Projek Bersama - “Saya Tak Suka Gaduh Dalam Industri”
Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia dan aktres Ruhainies sudah tidak lagi berhubung dan berjumpa selepas kontroversi ‘petik nama’ sekitar April lalu.

Tak berhubung

Chacha turut meluahkan rasa syukur apabila insiden itu ‘menghilang’ selepas dia mengeluarkan satu kenyataan mempertahankan dirinya.

“Selepas kejadian itu, kami memang tak pernah berhubung dan berjumpa. Memang dia pun terus hilang macam itu. Saya pun sekarang memang nak fokus buat duit, fokus kerja dan kerjaya saya.

“Bila peribadi macam ini beri impak, jangan tak best terutama melibatkan nama saya kena petik. Kalau boleh benda macam ini saya nak minta jauh dah.

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"

ARTIKEL BERKAITAN: Disebabkan Terlalu Taasub, Lelaki Misteri Ekori Chacha Maembong & Ajak Berkahwin; “Dia Panggil Saya Sayang"

“Alhamdulillah, satu kenyataan yang saya keluarkan itu, dia pun dah hilang,” kata Chacha kepada Gempak ketika ditemui di majlis pelancaran trailer, poster dan OST filem Limbunan: Tragedi Hitam 1975.

Terbuka bekerjasama

Dalam pada itu, Chacha bagaimanapun terbuka sekiranya ada tawaran yang memerlukan dia dan Ruhainies digandingkan dalam sebuah karya atau projek.
“Industri kita sangat kecil, gaduh sebesar mana pun akan jumpa juga. Dekat event boleh jumpa, tiba-tiba berlakon sama. Jadi, saya tak suka bergaduh dalam industri.

“Tapi kebetulan saya memang tak pernah terserempak dengan dia. Bagi saya, apa yang terjadi hanya salah faham. Kalau ada tawaran untuk kami bekerjasama, saya tetap akan profesional.

“Orang yang saya suka atau tidak, saya akan bekerja secara profesional. Dengan pihak mana-mana pun, saya tak ada isu jika perlu bekerjasama,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Chacha menuntut penjelasan daripada Ruhainies selepas namanya 'dipetik' dalam perbualan di antara Ruhainies bersama Aliff Aziz di aplikasi WhatsApp yang ditularkan seorang wanita didakwa kekasih kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine, pada April lalu.
Chacha yang tiada kena-mengena dalam isu kontroversi membabitkan mereka tampil menghubungi Ruhainies, namun pelakon itu seolah-olah mengelak menjawab pertanyaan yang diajukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024