gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kes Shila Amzah-Amy Search: Polis Akan Panggil Dua Lagi Saksi
HIBURAN
Ibu Dakwa Mikael Noah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Penyanyi Irama Malaysia, Kongsi Bukti Pada Caprice - “Dia Memang Tak Selesa…”
HIBURAN
Justin Timberlake Dilabel Malas & Biadab, Tak Banyak Menyanyi Masa Konsert
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ruffedge Tampil Dengan Dua Buah Tangan Baharu, Salah Satunya Kolaborasi Dengan Lah Ahmad!

Izwan Isa
Izwan Isa
26/10/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Ruffedge Tampil Dengan Dua Buah Tangan Baharu, Salah Satunya Kolaborasi Dengan Lah Ahmad!
Kembali mengubati rindu peminat, kumpulan Ruffedge mempertaruhkan dua single terbaharu berjudul Belenggu dan Putus.
Menurut salah seorang anggota Ruffedge, lagu Belenggu berkisarkan tentang perkongsian perasaan dan pengalaman emosi yang dialami oleh segelintir pihak.
“Dengan pelancaran lagu Belenggu, kami ingin berkongsi mengenai perasaan dan pengalaman emosi yang mungkin dialami oleh segelintir pihak.
“Lagu ini juga bertujuan memberi ruang dan inspirasi yang positif kepada mereka yang mengalami hal yang sama," katanya.
Lagu Belenggu benar-benar istimewa memandangkan liriknya mempunyai maksud yang mendalam.
Dihasilkan oleh anggota kumpulan Ruffedge sendiri iaitu Sein, Azan, Mode, dan Cat Farish, Belenggu menyuntik nafas baharu kerana menonjolkan elemen unik yang belum pernah didengar sebelum ini.
Sementara itu, Lagu putus pula memperlihatkan mereka berkolaborasi secara profesional menerusi sebuah karya bersama rakan seperjuangan, Lah Ahmad.
Menurut Ruffedge, Putus mengisahkan tentang perasaan kecewa disebabkan perpisahan yang berlaku sekaligus menghancurkan harapan dan impian yang dibina dalam sekelip mata.
Sungguhpun kemajuan dunia teknologi dilihat semakin canggih sehingga memberi kerisauan terhadap mereka, namun, ia bukan alasan untuk mereka berhenti dan berputus asa.
“Semoga lagu Belenggu dan Putus dapat diterima oleh pelbagai lapisan pendengar bagi menjadikan lagu kami sebagai sumber inspirasi yang positif pada masa akan datang.
“Insya-Allah kami akan terus berinovasi dalam menghasilkan karya-karya yang baik dan berkualiti untuk peminat setia yang telah lama menantikan karya terbaharu daripada kami,” ujar Azan.
Selain Lah Ahmad, Putus turut mendapat sentuhan daripada anggota Ruffedge sendiri iaitu Sein, Azan, Mode dan Cat serta diterbitkan oleh Suffren Ghadar dan Ruffedge sendiri.
Lagu ‘Belenggu’ dan ‘Putus (penampilan Lah Ahmad) boleh dimuat turun dalam aplikasi digital iTunes dan boleh didengari di semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
BACA: “Tak Sangka Sampai Macam Tu” - Lah Ahmad Terkejut Sebab…​
Topic Berkaitan
#Ruffedge
#Lah Ahmad
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement