,
Laman Utama

Ruffedge Masih Da Bomb Dalam Ruffera That Moment In Time Live In Concert

Maliah Surip
21/08/2023
14:29 MYT
Ruffera That Moment In Time Live In Concert memang benar-benar meninggalkan kenangan manis buat 5,000 peminat yang memenuhi ruang Megastar Arena pada hujung minggu lalu.
Masakan tidak, lewat konsert yang dibawa oleh Yolo dengan Datuk Acis memimpin kumpulan pemuzik yang melakukan kerja mereka dengan cemerlang itu Ruffedge menghiburkan peminat dengan lagu-lagu yang tidak asing lagi.
Bagi penggemar yang telah bersama Ruffedge sejak awal penubuhan, lagu-lagu seperti Belenggu, Tiada Lagi Cinta atau Hari Ini Dalam Sejarah dan Matinya Sebahagian Jiwa yang barangkali asing untuk peminat biasa, melihat mereka mendendangkan karya tersebut secara langsung adalah sebuah kepuasan.
Itu belum lagi saat Ruffedge yang kini terdiri daripada Azan, Mode, Sein, Cat dan Zain melantunkan lagu-lagu yang membesarkan nama mereka dalam industri seni seperti Lemas, Tipah Tertipu, Da Bomb dan Bila Rindu.
Tentulah Khayalan yang dilagukan pada penutup menjadi finale yang membuat penggemar tidak berganjak pulang selagi ia belum didendangkan bersama-sama.
Malah kerana sambutan yang cukup memberangsangkan, konsert yang turut dimeriahkan dengan DJ Uno, Distorted, Jboy dan Zeppo dijadual berlangsung hanya sejam setengah ditambah satu jam lagi.
Dan bonus yang diperoleh penggemar bukan sahaja dapat melihat setiap anggota Ruffedge beraksi secara solo (pilihan lagu Mode dengan tembang hit milik Tevin Campbell, Can We Talk sangat win selain Zain yang mempamerkan kualiti vokalnya dengan sebuah lagu melankolis gemarannya) tetapi juga kemunculan Lah Ahmad yang membuat seluruh dewan histeria.
Biar sempat mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan Ruffera That Moment In Time Live In Concert tahun ini kerana lambakan konsert, festival dan persembahan yang berlangsung di ibu negara, Ruffedge masih mampu membuat penggemar memilih untuk bersama mereka.
Hal ini kerana bukan hanya soal kesetiaan tetapi yang lebih penting adalah untuk mendukung dan menyokong kumpulan R&B dan Hip Hop Malaysia ini terus hidup.
Ruffedge sehingga kini boleh dikatakan belum tergoyahkan, masih mempunyai kualiti vokal dan persembahan yang semakin baik berbanding di awal comeback dan satu yang pasti karya bermutu dengan melodi yang relevan dan lirik yang ‘melemaskan’ pendengar menjadikan mengapa kumpulan ini layak dipuja.
Dan mendengarkan pengumaman mereka bakal muncul dengan album baharu minggu hadapan selain sudah diperdengarkan salah satu single yang akan mengisi produk itu, penulis percaya semua peminat muzik berlapang dada menyambut Ruffedge penuh bahagia.
BACA: Ruffedge Tak Sangka Dapat Sambutan Luar Jangka Peminat Di Singapura!
BACA: Da' Bomb! Bakal Bikin Konsert Di DFP, Jom Semak Fakta-Fakta Menarik Tentang Ruffedge!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.