,
Laman Utama

Ruben Onsu Setia Dengan Bantal Busuk Berusia 20 Tahun - "Ia Bantu Saya Senang Tidur"

Amri Hassan
27/07/2021
15:20 MYT
Biarpun sudah berjaya sebagai usahawan dan artis, Ruben Onsu tetap tidak boleh berenggang dari bantal busuk yang kini sudah berusia 20 tahun.
Lapor Tribunnews, bantal busuk itu akan dibawanya kemana sahaja dia pergi sejak dari zaman menginap di asrama.
"Sejak 20 tahun lalu saya tidak pernah menukar sarung bantal itu. Bantal itulah yang menjadi peneman saya ketika susah hingga senang," ujarnya menerusi temuramah dalam saluran YouTube Armand Maulana.
Tambah pengusaha makanan popular Indonesia, ayam geprek itu, bantal tersebut memudahkan dia tidur lena terutama apabila kepenatan.
"Apabila kita terlalu penat dan tak boleh melelapkan mata, semuanya akan terubat apabila dapat bantal ini," katanya.
Bantal itu dibelinya di Pasar Tebet, Jakarta, Indonesia, dengan harga 25,000 rupiah (RM7.30).
Sumber: Tribunnews
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.