,
Laman Utama

Ruben Onsu Bawa 'Ayam Geprek' Ke Pertunjukan Paris Fashion Week, Netizen Kata Tertipu & Diperbodohkan?

Amri Hassan
08/03/2022
12:53 MYT
Bisnes makanan milik pelakon Indonesia, Ruben Onsu, Geprek Bensu didakwa tampil di pertunjukan fesyen Paris Fashion Week 2022 baru-baru ini.
Tulis Ruben di Instagramnya; "Bangga! Geprek Bensu menjadi satu-satunya brand F&B asli Indonesia yang terpilih untuk menyertai Paris Fashion Week 2022."
Ruben memberitahu Geprek Bensu bekerjasama dengan pereka fesyen Yanti Adeni dan telah melancarkan koleksi baharu sempena ulangtahun jenama makanan itu pada April nanti.
"Sangat teruja kerana kita adalah brand makanan Indonesia pertama yang bisa menyertai Paris Fashion Week," tambah Jordi Onsu.
Bagaimanapun, hal itu mendapat perhatian daripada netizen termasuk pelakon dan aktivis Wanda Hamidah serta pencinta fesyen, Lucky Heng.
"YangYang saya tentang dan saya lawan ini 'Pembodohan publiknya'... praktik klaim mengklaim ini bahaya, karena kenyataannya tidak seperti itu," tulis Wanda Hamidah di Instagram Stories.
Manakala Lucky akui kesal dengan jenama Indonesia yang mendakwa menyertai Paris Fashion Week 2022 sedangkan ia diselenggara oleh Fédération française de la couture dan mempunyai jadual rasmi.
"Sisanya, banyak media dan agency yang memperjualbelikan slot tayang untuk memasukkan jadwal 'palsu' ke kalender asli, mengatasnamakan PFW seolah-olah legit," tulis Lucky.
Tambah Lucky, jenama dari luar bidang fesyen termasuk Geprek Bensu hanya menumpang dalam kategori fesyen dengan mendekati pereka fesyen atau jenama fesyen.
Malah, nama dan jadual Fashion Week Onlie seperti yang tertera juga dapat dibeli dengan AS$100 (RM418).
Pertunjukan yang dilakukan beberapa jenama Indonesia itu hanya pertunjukan di Paris yang diadakan serentak dengan jadual rasmi Paris Fashion Week.
"Hanya pertunjukan di Paris. Bukan di Paris Fashion Week," tambah Lucky yang kesal dengan tindakan pengusaha makanan itu.
Sumber: CNN Indonesia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Unitar