,
Berita

RTM Memilih Untuk Tangguh Tayangan Drama Pelakon Bermasalah

Gempak
03/05/2024
11:25 MYT
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih untuk menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat menjadi bahan bualan netizen dan masyarakat susulan beberapa kontroversi yang tercetus sejak akhir-akhri ini.

Tangguh

Memetik Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, soal tatasusila dan sosial membabitkan pelakon sentiasa menjadi pertimbangan sebelum dipilih untuk membintangi drama yang ditayangkan di stesen TV itu.
"Saya tidak mahu menamakan mana-mana pelakon. Cuma, apa boleh dikatakan, isunya sedang menjadi perbualan sekarang... (dan) saya sudah menghubungi penerbit drama itu, memaklumkan RTM akan menangguhkan siaran dramanya.
"Bukan apa, apabila drama ditayangkan, pihak stesen perlu buat promosi dan atur sesi temu bual bersama wartawan. Pada ketika itu nak jawab apa?
"Justeru, perkara sebegini sudah lama dibincangkan dengan semua pembekal drama yang mana kena pastikan tidak ada masalah sensitif seperti tatasusila dan sosial. Malah, penerbit pun sudah sedia maklum.
"Kenapa kita berbuat demikian? Sebab apabila drama ditayangkan, mereka menjadi 'role model' kepada masyarakat," katanya.

Tayangan drama

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, RTM tidak mahu mengambil tindakan gam atau 'banned' mana-mana pelakon yang bermasalah, sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih halus iaitu memberikan rawatan psikologi, jiwa dan khidmat profesional.
"Di RTM kita percaya sekiranya seseorang itu bermasalah, dia kena mendapat pertolongan. Jangan masa artis itu sedang popular dia disanjung, tapi apabila ada masalah dia dibuang.
"Kita tidak tahu sama ada dia mempunyai masalah jiwa atau psikologi yang memerlukan bantuan.
"Kita kena terima hakikat yang mana dalam dunia hiburan ini, apa saja boleh berlaku. Dalam perkara sebegini, kita punya pendirian kena bantu dan bukan sisihkan," katanya.
Menurutnya, buat masa ini drama yang membabitkan pelakon berkenaan ditangguh siaran sehingga dia benar-benar mendapatkan rawatan profesional dan berubah ke arah lebih baik.
"Soal nak gam ini takkan boleh selesaikan masalah. Jangan bunuh kerjaya seseorang artis itu.
"Bagaimanapun, sekiranya ia membabitkan salah laku jenayah kita memang tidak boleh terima," katanya.
Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: “I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kisah Dikecam, Erma Fatima Terbuka Kerjasama Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Drama

“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

gempak
10/11/2024
14:55 MYT
Kemunculan pelakon, Zahiril Adzim dalam drama hits, Andai Tiada Dia ternyata membuatkan netizen bersorak.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar