HIBURAN
Ikonik & Eksklusif! Pertama Kalinya Royal Selangor Cipta Koleksi Premium Superhero Malaysia Keluang Man
Astro Shaw mempersembahkan sebuah inisiatif istimewa bersama jenama piuter tempatan, Royal Selangor, untuk menghasilkan koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man.
BERITA TRENDING: Suka Tolong Orang? Tujuh Ciri Ini Bakal Buat Anda Jadi Superhero Dalam Kehidupan Harian
Koleksi ini menampilkan figurine dan pin edisi terhad yang direka dan dihasilkan oleh tukang piuter mahir Royal Selangor. Usaha ini menandakan kerjasama sulung antara dua jenama ternama - Astro Shaw sebagai peneraju industri perfileman tanah air, dan Royal Selangor, jenama piuter bertaraf antarabangsa yang tersohor dengan mutu seni krafnya.Koleksi istimewa ini menampilkan Keluang Man dalam bentuk pin eksklusif dan figurine miniatur, direka dengan penuh teliti oleh tukang mahir Royal Selangor, dan diperbuat daripada piuter berkualiti tinggi yang menjadi identiti jenama itu.
Diinspirasikan daripada siri animasi yang digemari ramai, figurin ini dirakam dalam gerakan dengan gaya ‘bersilat’ ikoniknya. Dihasilkan daripada piuter dengan kemasan satin, edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja, setiap satu dengan nombor individu. Tapak figurin ini turut menyediakan ruang untuk ukiran peribadi.
BERITA TRENDING: Keluang Man x Qodrat? Lain Macam! Netizen Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Mantap! Boleh Buat Multiverse Ni”
Manakala pin lapel piuter Keluang Man menampilkan lambang ikoniknya, sebagai penghormatan berani kepada wira rakyat Malaysia yang membanteras jenayah di bawah lindungan malam. Tersedia dalam kemasan satin, dengan edisi terhad hanya 100 unit dalam kemasan bersalut emas 24K.Koleksi ini akan mula dijual secara rasmi di kedai outlet Royal Selangor terpilih bermula bulan Mei hadapan.
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.“Kolaborasi ini mencerminkan strategi kami untuk memperluaskan nilai IP (harta intelek) filem tempatan dan seterusnya memperkukuhkan jenama Keluang Man melalui kerjasama dengan jenama premium seperti Royal Selangor. Ia bukan sekadar koleksi, tetapi satu usaha memperkukuh ekosistem industri kreatif dan mengangkay lagi warisan seni Malaysia, di samping membuka peluang untuk menjangkau sasaran baharu,” kata Penerbit Eksekutif dan merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.
Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Saksikan filem Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam bermula 29 Mei 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
BERITA TRENDING: Nas-T Bangga Anak-Anak Anggap dirinya ‘Superhero’, Amal Diet Ketat Demi Kostum Keluang Man - “Sebagai Seorang Ayah, Saya…”
Must-Watch Video