gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
ADVERTORIAL
Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”
HIBURAN
Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”
VIRAL
Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Rossa Takluk Dua Negara, Konsert ‘Here I Am’ Tarik Lebih 22,000 Penonton Di Jakarta Dan Kuala Lumpur - "Kalian Terima Saya Sebagai Keluarga"

Amri Hassan
Amri Hassan
24/06/2025
15:41 MYT
Sponsor Banner
Rossa Takluk Dua Negara, Konsert ‘Here I Am’ Tarik Lebih 22,000 Penonton Di Jakarta Dan Kuala Lumpur - "Kalian Terima Saya Sebagai Keluarga"
Selepas lebih tiga dekad mencipta nama dalam industri muzik, Ratu Pop Indonesia Datuk Seri Rossa membuktikan legasi seninya kekal relevan dan berpengaruh apabila berjaya menakluki dua stadium berskala besar di dua negara menerusi konsert jelajah bertajuk “Here I Am”.
Konsert sulung Here I Am berlangsung di Indonesia Arena, Jakarta, menyaksikan lebih 12,000 penonton membanjiri stadium tertutup nasional terbesar negara itu sekaligus menjadikan Rossa sebagai penyanyi solo Indonesia pertama menjayakan konsert berskala sebesar itu.
Tanpa menunggu lama, Axiata Arena Bukit Jalil menjadi pentas kedua bagi konsert yang sama, menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peminat dari seluruh Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan diva nombor satu Indonesia itu beraksi secara langsung.
“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kembali ke Axiata Arena selepas 15 tahun. Saya sangat bersyukur kerana Malaysia sentiasa saya anggap sebagai rumah kedua. Kalian selalu menerima saya sebagai keluarga,” kata Rossa penuh emosi.
Antara detik paling mencuri tumpuan malam tersebut ialah kehadiran sahabat karib Rossa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang turut membuat kejutan naik ke pentas dan berduet bersama menyanyikan lagu “Percayalah”.
Turut hadir memeriahkan malam penuh bintang itu ialah selebriti ternama seperti Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Bella Astillah, serta rakan artis dari Indonesia seperti Melly Goeslaw, Ivan Gunawan dan Ruben Onsu.
Konsert yang berlangsung selama lebih tiga jam itu menyaksikan Rossa mempersembahkan lebih 30 lagu popular sepanjang kariernya, termasuk kolaborasi bersama barisan artis jemputan seperti Ariel, Ernie Zakri, MK K-Clique, Hael Husaini, Dipha Barus, dan Eka Gustiwana.
Tidak ketinggalan, dua kumpulan vokal istimewa turut diperkenalkan, The Ladies (Rimar, Syarla, Jemimah, Awdella) dari program Indonesian Idol dan finalis One in A Million dari Malaysia (Kai Deva, Mary Grace, dan Zazleen), sebagai tanda sokongan Rossa terhadap bakat-bakat muda yang pernah dibimbingnya.
Selain lagu-lagu hit, Rossa turut mempersembahkan dua lagu baharu iaitu “Serasa X Juwita” bersama Dipha Barus serta single duet bersama MK K-Clique berjudul “Sinaran”, yang akan dimuatkan dalam album mini terbarunya Asmara Dansa.
Dari segi penampilan, Rossa tampil memukau dengan dua gaun utama, gaun putih rekaan Adeline Ester untuk segmen pembukaan dan gaun kristal Swarovski ciptaan Khoon Hooi, pereka terkenal Malaysia. Secara keseluruhan, Rossa menggayakan 11 busana eksklusif sepanjang siri konsert ini.
Konsert Here I Am merupakan kerjasama antara Inspire Production, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Sah Entertainment, yang melibatkan lebih 180 tenaga produksi profesional dari Indonesia dan Malaysia – merangkumi pemuzik, penari, penyanyi jemputan serta kru teknikal.
Menurut Rossa, Here I Am adalah simbol kepada seluruh perjalanan hidup dan seninya selama lebih 30 tahun.
“Judul konsert ini mewakili siapa saya, bukan hanya sebagai artis, tapi juga sebagai insan biasa. Saya mahu semua yang hadir atau mendengar lagu saya tahu bahawa kita harus menerima diri kita sendiri, mencintai dan menghargai diri tanpa rasa rendah diri,” jelasnya penuh makna.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Rossa
#peminat
#Jakarta
#KL
#Here I Am
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement