gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mickey, Ariel & Team Spidey Bakal Gegarkan Resorts World Genting dalam Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!
GAYA HIDUP
Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Rossa ‘Request’ Nak Nyanyi Lagu Meriah Lain Macam, Raikan Siti Nurhaliza Di Pentas Konsert ‘Here I Am’

gempak
Asyraf Roslan
15/06/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Rossa ‘Request’ Nak Nyanyi Lagu Meriah Lain Macam, Raikan Siti Nurhaliza Di Pentas Konsert ‘Here I Am’
Penyanyi, Hael Husaini mendedahkan bahawa penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa telah memilih lagu raya terbaharunya bersama Nadeera Zaini berjudul Meriah Lain Macam untuk dipersembahkan secara duet semasa Konsert Rossa ‘Here I Am’ yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Hael, dia pada awalnya telah mencadangkan beberapa lagu popularnya seperti Jampi dan Hajat untuk dipersembahkan namun Rossa tetap memilih lagu raya tersebut sebagai pilihan utama.
“Datuk Seri Rossa telefon saya untuk request lagu apa yang kami nak nyanyi bersama, saya suggest ada Jampi, hajat dan banyak lagi lagu tapi yang dia pilih adalah Meriah Lain Macam.
“Tapi sebab hari ni adalah hari dia kita nyanyi lagu yang dia minta,” kata Hael disambut dengan sorakan daripada penonton.
Menariknya, Hael dan Rossa telah menukar lirik lagu raya tersebut kepada versi yang menggambarkan suasana konsert di Axiata Arena.
Konsert itu menyaksikan kehadiran hampir 10,000 peminat dan turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Ariel, MK K-Clique, Dipha Barus, Rimar, Jemimah, Syarla, Awdella dan Ernie Zakri.
Rossa menyampaikan lebih 30 lagu hits sepanjang kariernya, antaranya Hijrah Cinta, Hati Yang Kau Sakiti, Atas Nama Cinta, Terlalu Cinta, Wanita Yang Kau Pilih, Pudar, dan Hey Ladies.
Lebih mengujakan peminat, Rossa turut meraikan ikatan persahabatannya bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan menyampaikan beberapa lagu ikonik penyanyi nombor satu negara itu.
Rossa menyampaikan lagu Percayalah, Biarlah Rahsia dan Bukan Cinta Biasa menerusi segmen tribute kepada Siti Nurhaliza.
Segmen itu kemudian bertukar gamat dengan sorakan peminat apabila Siti menyambung nyanyian Rossa ketika membawakan lagu Percayalah.
Antara selebriti yang hadir menyaksikan konsert itu ialah Melly Goeslaw, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Amira Othman, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.
Konsert Rossa ‘Here I Am’ berlangsung penuh meriah dan penuh emosi pada 14 Jun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Konsert anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran daripada Sah Entertainment itu juga menjadi ruang untuk Rossa bercerita mengenai perjalanannya sepanjang dua dekad bergelar anak seni.
Topic Berkaitan
#Hael Husaini
#Datuk Seri siti Nurhaliza
#Datuk Seri Rossa
#Meriah Lain Macam
#Konsert Here I Am
Must-Watch Video