,
Berita

Rogol, Liwat Anak Tiri Konon Sebab Buang Santau, Tukang Cat Dipenjara 20 tahun & 6 Sebatan

Gempak
27/06/2024
08:55 MYT
Seorang lelaki bekerja sebagai tukang cat yang dituduh merogol dan meliwat anak tiri kononnya mahu membuang santau serta menguatkan ilmu ghaib dipelajari dijatuhi hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Muar hari ini.
Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Buang santau

Sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan, Abu Bakar bertanya mengapa tertuduh mendorong melakukan perbuatan sedemikian terhadap anak tirinya.
"Kalau lihat cerita daripada fakta kes, perbuatan kamu (merogol) tidak masuk akal," katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Segamat, 11.30 malam, pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

​ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini

​ARTIKEL BERKAITAN: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

​ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik

Hukuman bagi kesalahan ini ialah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.
Sebelum ini, tertuduh didakwa menjadikan mangsa sebagai 'isteri kedua' dengan melakukan perbuatan keji itu yang turut disaksikan isterinya dalam bilik.
Namun, wanita terbabit berusia 42 tahun yang juga ibu mangsa sudah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di mahkamah sama pada 30 Januari lalu selepas mengaku bersalah bersubahat dengan tertuduh.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Syafie Naim daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan, dengan hukuman itu berkuat kuasa bermula tarikh tertuduh ditahan, 13 November.
Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling semasa menjalani hukuman penjara serta pengawasan polis setahun selari dengan Seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.