,
Bollywood

The Rock Pelakon Lelaki Paling Mahal Di Dunia!

Amri Hassan
12/08/2020
08:35 MYT
Bintang gusti yang menempa nama dalam industri Hollywood, Dwayne Johnson, mengungguli senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi untuk dua tahun berturut-turut, menurut satu senarai yang dikeluarkan majalah Forbes pada Selasa.
Johnson, yang juga dikenali sebagai ‘The Rock', meraih bayaran sejumlah AS$87.5 juta (RM367.3 juta) dari 1 Jun 2019 hingga 1 Jun 2020.
Itu termasuk AS$23.5 juta (RM98.6 juta) daripada projek filem thriller Netflix Inc berjudul Red Notice.
Kekayaannya juga diperoleh daripada jualan koleksi pakaian kecergasan 'Project Rock' di bawah kolaborasi jenama Under Armour Inc.
Aktor Ryan Reynolds, yang membintangi Red Notice bersama Johnson di tempat kedua senarai Forbes itu.
Dia meraih AS$20 juta (RM83.9 juta), selain lagi AS$20 juta bagi filem Netflix, Six Underground.
Pelakon dan penerbit Mark Wahlberg, bintang komedi aksi Spenser Confidential, di tempat ketiga dengan AS$58 juta (RM243.5 juta). Kedudukan seterusnya ialah aktor Ben Affleck dengan AS$55 juta (RM230.8 juta) dan Vin Diesel dengan pendapatan AS$54 juta (RM226.7 juta).
Akshay Kumar, satu-satunya bintang Bollywood dalam senarai 10 teratas, berada di kedudukan keenam dengan pendapatan AS$48.5 juta (RM203.6 juta). Kebanyakan pendapatan itu diraih daripada kontrak sebagai duta produk.
Melengkapkan senarai tersebut adalah pencipta Hamilton, Lin-Manuel Miranda, pelakon Will Smith dan Adam Sandler, serta bintang seni bela diri Jackie Chan.
Angka pendapatan itu adalah yang sebelum dicukai, dan tidak termasuk pemotongan bayaran ejen, pengurus dan peguam, jelas Forbes.
Majalah berkenaan turut mendedahkan senarai berasingan bagi pelakon wanita dengan pendapatan tertinggi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hollywood

Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

gempak
08/09/2024
09:50 MYT
Selena Gomez baru berusia 32 tahun namun jangan main-main apabila menyebut tentang aset atau kekayaan yang telah dimiliki oleh bintang Hollywood ini.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Didakwa Miliki 500 Unit Rumah Mewah, Siapa Rey Utami Artis Terkaya Indonesia 2024?

gempak
11/06/2024
08:50 MYT
Indonesia Artist Watch baru-baru ini mengeluarkan senarai Artis Terkaya Indonesia untuk tahun 2024.
Hiburan

Kaya & Popular, Nikita Willy Tidak Pandai Menyapu

gempak
06/06/2024
15:50 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik dalam platform YouTube milik pelakon, penyanyi dan hos Nikita Willy baru-baru ini menjadi bualan peminat.