,
Advertorial

Robert Downey Jr Kembali… Bukan Jadi Superhero, Tapi Dah Jadi Doktor Pula? Bestnya!

Kamaruddin Razal
15/01/2020
09:35 MYT
Berita baik untuk peminat dan penggemar lakonan aktor Hollywood popular, Robert Downey Jr!
Pastinya ramai yang merindui aksi dan lakonannya di layar lebar selepas kali terakhir muncul dalam filem Avengers: Endgame pada tahun 2019.
Ha, istimewa untuk anda, jika anda sering menyaksikan pelakon kegemaran anda menjadi superhero, kini saksikan Robert Downey Jr sebagai seorang doktor menerusi filem DOLITTLE!
Filem arahan Stephen Gaghan ini diangkat dari naskhah The Voyages of Doctor Dolittle nukilan novelis Hugh Lofting.
Filem ini menceritakan tentang kisah seorang ahli fizik yang bergelar doktor yang mendapati dirinya mampu berkomunikasi dengan haiwan!
Bukan sahaja menampilkan lakonan Robert Downey Jr, pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Antonio Banderas, Michael Sheen, Jim Broadbent dan Harry Collett.
Istimewanya lagi, haiwan-haiwan eksotik dalam filem ini menampilkan suara pelakon popular seperti John Cena, Kumail Nanjiani, Tom Holland, Selena Gomez, Marion Cotillard, Ralph Fiennes, Rami Malek dan ramai lagi!
Jangan lupa saksikan filem DOLITTLE yang bakal menemui penonton bermula 23 Januari 2020 di pawagam seluruh Malaysia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Beri Teladan Tak Baik, Bapa Beri ‘Iron Man’ Dadah Sejak Usia 6 Tahun

gempak
05/12/2022
14:50 MYT
Robert Downey Jr mendedahkan dirinya sudah mengenali dan mengambil dadah sejak kanak kanak.
Asia

Biar Berdurasi 3 Jam, Robert Downey Jr Kata; "Mustahil memprediksi Avengers: Endgame

gempak
23/04/2019
04:46 MYT
Hollywood

Para Bintang Avengers: Endgame Kejutkan Anak Anak Menderita Penyakit Serius

gempak
07/04/2019
10:39 MYT