Hiburan
Risteena Kongsi Video Bersama, Netizen Cuit Kenangan Lakonan Fattah Amin 12 Tahun Dulu - "Poyo Gila Mamat Ni"
Pelakon Risteena Munim kembali mencuit kenangan berlakon bersama aktor kacak, Fattah Amin menerusi drama rantaian Playboy Itu Suami Aku sekitar 12 tahun lalu.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Risteena yang bertemu secara tidak sengaja dengan Fattah sempat berkongsi momen-momen bersama dan merakamkan foto kenangan bersama.
"Playboy Itu Suami Aku, reunited after 12 years," tulis Risteena menerusi kapsyen video di Instagramnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengimbas semula kenangan Fattah ketika mula-mula menjejakkan kaki dalam arena seni menerusi drama berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 95,500 ribu dan 4,659 butang suka.
Must-Watch Video