,
Hiburan

“Risaunya, Walaupun Attar Tak Lancar Sangat Bercakap Tapi…”- Wawa Zainal Kongsi Perkembangan Anak

Mya Amri
17/09/2019
00:08 MYT
Pelakon Wawa Zainal berkongsi perkembangan terbaru mengenai keadaan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang bakal memasuki tahun satu tidak lama lagi.
Coretan itu dimuat naik oleh Wawa menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Wawa, walaupun masih belum lancar untuk bertutur kata namun Attar cepat memahami dan mempelajari sesuatu perkara.
“Ramai yang tanya perkembangan Attar macam mana. Alhamdulillah ada perubahan, tahun depan dah masuk darjah satu.
“Risaunya hari itu kitorang daftar dia darjah satu. Tapi rupanya sekolah tu kena exam dulu. Jadi antara lepas ke tak lah masuk sekolah tu.
“Saya dan Aeril telan ayaq liur juga la sebab dan-dan cikgu bagi exam paper pada Attar. Jenguk soalan dia boleh tahan susah lah untuk budak enam tahun. Dalam hati susahnya soalan ni untuk Attar.
“Mesti gagal, tak sampai 30 minit Attar keluar dari bilik exam tu dan cikgu beritahu Attar lulus dan dapat markah 35 out of 40. Kira high score juga.
“Alhamdulillah... Leganya, walaupun Attar tak lancar sangat bercakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.
“Tapi tu la Attar ni sejenis yang kejap-kejap je belajar lepas tu bosan tapi tak apa lah kita pelan-pelan kayuh ye Attar. Mama tahu Attar budak yang bijak,” tulisnya.

ramai yg tanya perkembangan attar mcm mana. alhamdulillah ada perubahan.. tahun depan da masuk darjah 1?? risau nya haritu kitorang daftar dia darjah 1.. then rupanya sekolah tu kena exam dlu .. so antara lepas ke tak la masok sekolah tu..i & aeril telan ayaq liur jugak la sbb dan dan teacher bagi exam paper pada attar. jenguk soalan dia boleh tahan susah la utk budak 6tahun?dlm hati susah nya soalan ni utk attar. mesti gagal? xsmpi 30minit attar keluar dari bilik exam tu and teacher bagitahu attar lulus and dpt markah 35 out of 40.. kira high score jugak.. alhamdulillah .. lega nya . walaupun attar tak lancar sgt becakap tapi dia sejenis cepat tangkap kalau kita ajar.. tapi tu la attar ni sejenis yg kejap2 je belajar lepastu bosan? tapi xpela kita slow2 kayuh ye attar. mama tahu attar budak yg bijak❤️❤️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Sebelum ini, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu pernah meluahkan rasa bimbang apabila Attar masih belum boleh bercakap walaupun usia anak lelakinya itu sudah mencecah empat tahun.
Terdahulu, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Manakala untuk perkembangan terbaru pula, Wawa kini sedang hamil anak ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.