,
Berita

“Risau Teramat Sangat…”- Hebat! Ebit Lew Guna Kapal Terbang Kargo Hantar Bantuan Ke Sabah

Syafiqah Jalal
30/10/2020
04:25 MYT
Bimbang dengan keadaan penduduk Sabah yang kini menghadapi pandemik Covid-19 yang serius, pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan perkhidmatan kapal terbang kargo untuk menghantar bantuan.
Menurut Ebit, ramai pihak yang meminta bantuan daripadanya terutama barang-barang keperluan perubatan.
Justeru pada pagi Jumaat tadi, Ebit menghantar bantuan medical set seperti PPE (peralatan perlindungan diri), face shield, pelitup muka dan sarung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
“Doakan ya, risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.
“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.
“Doakan ya insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya. Ebit Lew berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau turut memuat naik video ketika bantuan itu dihantar menaiki kapal terbang kargo.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan usahanya yang luar biasa dalam menghantar bantuan.
“Ya Allah semoga usaha Ustaz sentiasa diberkati Allah dan bermanfaat buat semua orang ,” komen salah seorang netizen.
“Semoga dipermudahkan segalanya buat Ustaz didunia dan akhirat...” komen salah seorang warga maya.
“Tak mampu nak sedekah atau bantu banyak macam ni teringin nak buat macam mana ustaz buat ni,” kata salah seorang pengikutnya.
Terdahulu, Ebit Lew telah banyak memberi bantuan dan membantu rakyat Malaysia yang dalam kesempitan hidup termasuk menghantar saumbangan dan bantuan ke penjara Kedah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Unitar