Advertorial
Risau Tak Dapat Penuhi Tuntutan Pasaran Kerja Selepas Habis Belajar? Jangan Risau, Daftar di UNITAR!
Kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia risau untuk memilih tempat untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Mereka risau tempat yang dipilih tidak dapat memenuhi tuntuan pasaran kerja yang dikehendaki oleh majikan dan kebanyakan pelajar mahu memilih pusat pengajian yang mampu untuk melahirkan tenaga pekerja mahir.
Dunia pekerjaan masa akan datang secara teknikalnya akan membabitkan keupayaan menangani analisis dan berkait rapat dengan internet.
Namun perkara yang lebih penting adalah bagaimana seseorang individu itu dapat menghubungkan teknologi ini untuk mewujudkan nilai kepada organisasi, perniagaan dan komuniti.
Kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah dengan cepat, dapat belajar dan belajar semula namun berkembang maju dalam keadaan baharu selain mempunyai daya tahan diri tinggi.
Seterusnya bagaimana mereka mempunyai keupayaan untuk berfikir secara strategik dan bertindak mengikut konteks operasi agar dapat bekerja dengan baik secara kolaboratif dengan semangat berpasukan tinggi.
Inilah fokus UNITAR International University (UNITAR) agar mampu melahirkan generasi masa hadapan yang kompeten agar dapat memenuhi kebolehpasaran dalam industri.
Peningkatan tekanan global disebabkan oleh ketidakpastian pasaran dan dipergiatkan lagi dengan kemajuan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat telah mengubah landskap pembangunan modal insan.
Fakulti di UNITAR dilihat sebagai penyumbang aktif dalam memupuk dan membentuk kebolehpasaran graduan bertaraf dunia. Ia boleh dicapai melalui pembelajaran yang inovatif dan fleksibel melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran UNITAR yang dikenali sebagai, ‘UNIEC’ atau UNITAR Education Core.
UNITAR merangkumi program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang seperti Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Teknologi Maklumat, Komunikasi, Pendidikan Awal kanak-kanak, Pendidikan, Bimbingan Dan Kaunseling, Kemanusiaan, Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan.
Kampus Induk UNITAR yang terletak di Kelana Jaya bersama-sama dengan 10 kampus lain di seluruh negara mempunyai lebih daripada 6,500 pelajar keseluruhannya. UNITAR menyediakan prasarana pembelajaran yang eksklusif, berpatutan dan berkualiti tinggi menerusi mod pembelajaran konvensional dan jarak jauh.
Kemasukan UNITAR bagi pengambilan October 2018 kini dibuka di kampus induk bertempat di Kelana Jaya dan 10 kampus lain di seluruh negara termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unitar.my atau hubungi talian tetap di +603 7627 7200 atau email enquiries@unitar.my untuk sebarang pertanyaan.
Must-Watch Video