,
Laman Utama

Risau Kes Covid-19 Makin Naik? Doktor Viral Ini Kongsi Cara Kuatkan Imuniti Badan, Elak Dijangkiti Covid

Fiza Kamarudin
08/02/2022
05:40 MYT
Sehingga semalam kes positif Covid-19 mencatat kenaikan mendadak dalam tempoh empat bulan iaitu sebanyak 11,034 kes.
Malah apa yang lebih membimbangkan apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan kes baharu Covid-19 di negara ini akan meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Katanya Khairy, jangkaan tersebut berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP untuk mengelak jangkitan virus berbahaya tersebut.
Dr.Samhan, menerusi laman sosial TikTok beliau telah berkongsi beberapa tips menguatkan imuniti badan untuk elak terkena jangkitan virus Covid-19.
Jom kita cuba tips dikongsi Dr Samhan ini dan semoga ia memberi manfaat buat semua:
#1 Banyakkan makan sayur brokoli, bayam, halia, kunyit dan buah-buahan seperti jambu batu, oren dan epal. #2 Makan yogurt atau probiotics untuk kesihatan usus #3 Elakkan makanan segera dan makanan tinggi gula #4 Dedahkan diri dengan cahaya matahari 6-8 minit setiap pagi untuk mendapatkan vitamin D #5 Uruskan stress dengan betul #6 Elakkan merokok dan minum alcohol #7 Ambil vitamin C, tidak melebihi 2000mg setiap hari
@dr.samhan CARA KUATKAN IMUNITI BADAN #jombelajar #learnontiktok #tiktokguru #kitajagakita ♬ JEREEE Remix - JEREEE
Dr Samhan atau nama sebenarnya Ahmad Samhan mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di laman sosial TikTok dan sering berkongsi pelbagai info mengenai dunia kedoktoran, perubatan dan kemasyarakatan.
Video-video yang dikongsi Dr Samhan pernah mencecah 9 juta tontonan sehingga menjadi tular di platform media sosial lain.
Dr Samhan juga mempunyai pengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar