,
Laman Utama

Rilis Album Mini, Maher Zain Lancar Single Setiap Jumaat Menjelang Aidilfitri

Maliah Surip
16/04/2021
12:55 MYT
Penyanyi Maher Zain memang terkenal dengan lagu lagu bersifat kerohanian termasuk Ya Nabi Salam Alayka yang telah mengharumkan namanya di seluruh dunia.
Mengambil berkat sempena bulan Ramadan, penyanyi yang berdarah Labenon Sweden ini menyapa penggemarnya dengan buah tangan baharu.
Dia merilis sebuah album mini yang diberi nama Nour Ala Nour dengan enam lagu. Menariknya, Maher Zain melantunkan semula lagu popular milik pemuzik Mesir yang cukup terkenal sekitar tahun 1943 dulu, Abdel-Mottaleb berjudul Ramadan Gana.
Lagu Ramadan Gana kemudian diberi nafas baharu dan dinyanyikan oleh Maher Zain yang mengaku telah memiliki demo lagu tersebut sekian lama. “Saya sudah lama memiliki lagu-lagu ini dalam bentuk demo, dan menunggu waktu yang tepat untuk berkongsi kepada dunia.
"Saya fikir bulan Ramadan adalah kesempatan yang ideal untuk melakukannya, mengingat sifat dari lagu-lagu ini, pesannya yang memberi kesan kepada kita,” kata Maher Zain dalam kenyataan akhbar dari pihak Universal Music Indonesia.
Lebih unik, Maher Zain yang sudah merilis Ramadan Gana pada awal April lalu mengambil pendekatan dengan 'melepaskan' single miliknya pada Jumaat setiap minggu di platform streaming dan YouTube.
Malah, lagu terakhir yang dirilis akan diperkenalkan pada Jumaat terakhir di bulan Ramadan yang juga sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 12 Mei mendatang.
“Dalam album ini, anda akan mendengarkan berbagai lagu yang mengangkat tema spiritual.
"Saya mahu membawa pendengar bersama melalui perjalanan yang saya sendiri telah mulai lebih dari 10 tahun yang lalu. Dan bulan Ramadan yang penuh suci ini saya pilih sesuai dengan perjalanan batin saya selama ini," jelas Maher Zain lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.