gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alasan Revalina S Temat Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Tidak Ambil Penggambaran Hujung Minggu
BERITA
Polis Buru Kumpulan Penunggang Basikal Halang Laluan Bas
HIBURAN
Pakai Skirt Pendek & Baju Sendat Main Tenis, Netizen Harap Mawar Rashid Jaga Aurat - “Semoga Diberikan Hidayah, Carilah Circle Kawan Yang Baik”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”

Mya Amri
Mya Amri
08/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
Usahawan dan pempengaruh popular, Ridzokumura meluahkan rasa rindu terhadap arwah isterinya, Akiko Okumura yang telah pergi menghadap Ilahi.

Nota terakhir isteri

Menurut Ridzo, antara benda yang paling membuatkan dirinya sebak adalah tentang nota terakhir peninggalan arwah isterinya.
Malah kata Ridzo, sehingga kini dia tetap akan membawa nota yang diselitkan di pasport arwah isterinya itu kemana sahaja.

“First saya jumpa nota dia, dia nak buat sarapan, pergi kemana-mana pun saya akan bawa nota dan pasport dia jadi saya letak nota terakhir itu dalam pasport dia. “Dia mahu buat makanan bersahur kami. Menggigil saya tengok nota terakhir dia. Saya masih tak kuat tengok gambar atau video arwah isteri.

“Sebenarnya saya tak kuat… Tapi saya cuba lawan sebab sampai bila saya nak macam ini. Orang yang sudah pergi tetap pergi,” ujarnya.
Ridzo berkata demikian dalam satu temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini.
Jelas Ridzo lagi, Akiko bukan sahaja isteri yang penyayang, malah banyak pengorbanan yang dilakukan arwah demi keluarga tersayang.
“Sebab dia isteri yang sangat mulia, saya rasa tiada orang yang boleh ganti tempat dia. Yang dia jaga anak, dengan dia jaga saya.
“Saya rasa dia berkorban segalanya untuk saya, banyak pengorbanan yang dia lakukan sebab itu saya rasa seperti saya tidak boleh ada orang lain.
“Hanya dia sahaja… Saya mahu bertemu dia di syurga, doakan saya ya,” ujarnya sebak.
Untuk rekod, Ridzo atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib dan Akiko telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura.
Topic Berkaitan
#Ridzokumura
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement