,
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

Umirah Halim
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
Hal ini dapat dilihat menerusi jelajah BPAL yang diadakan di beberapa lokasi di Terengganu dan Johor Bahru.

Ribuan penonton hadir sokong

Ribuan penonton dan peminat memberikan sokongan dengan membanjiri TGV Mesra Mall, Kuala Terengganu, Paragon Cinemas KTCC, TGV Aeon Tebrau, GSC Midvalley Southkey dan GSC Paradigm Mall Johor Bahru semalam.

Para pelakon BPAL sendiri iaitu Zizan, Liyana Jasmay, Johan dan Dato Afdlin Shauki turun padang bagi mempromosikan siri jelajah tersebut.

Meriah dan gamat, peminat juga dapat berinteraksi secara lebih dekat dan merasai sendiri aura pelakon-pelakon yang turut sama turun padang.

BERITA TRENDING: Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

BERITA TRENDING: Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

BERITA TRENDING: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

BERITA TRENDING: Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

Terdahulu, filem muzikal komedi ini juga membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Malah, BPAL turut mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Baik Punya Ah-Long menampilkan raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan memegang watak 'ah long', di mana mereka menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.
Menggunakan tagline 'Semua Boleh Settle', filem ini mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.
Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.
Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Sinopsis:
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehadiran IShowSpeed Buat Peminat Bikin Kecoh, Netizen Kata Semua Peminat Sama Sahaja - "Macam Senak Tengok Orang Dok Pegang Dia..."

gempak
18/09/2024
15:25 MYT
Ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan sesetengah rakyat Malaysia yang cakap tidak serupa bikin apabila terjadi kepada diri sendiri.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.