,
Laman Utama

Ribuan Peminat Adiwira Ultraman Banjiri Acara Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar

Izwan Isa
26/06/2023
04:50 MYT

Kira-kira lebih 1,000 peminat siri adiwira popular Jepun, Ultraman membanjiri Lalaport Bukit Bintang City, Kuala Lumpur bagi menyaksikan acara Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung semalam.

Selain itu, acara berkenaan turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon siri francais popular tersebut yang iaitu Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino).
BACA: Pelakon Siri Ultraman, Jiro Dan Meninggal Dunia
Turut hadir Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro, Farah Fauzana dan Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa Tsubaraya Productions, Kei Minamitani.
Selain daripada itu, acara ini turut menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pengunjung termasuk kanak-kanak dan ibu bapa seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, inflatable playground, sesi bergambar dan Meet & Greet bersama Ultraman, pameran berkonsepkan kostum Ultraman, paparan patung Ultraman dan Kaiju di pelbagai sudut di Lalaport Kuala Lumpur, tayangan siri-siri Ultraman serta persembahan aksi daripada barisan pelakon yang hadir.
Kehadiran selebriti popular, Wafiy juga memeriahkan acara tersebut dalam mempromosikan siri terbaharu Ultraman Blazar bersama-sama dengan Hiroki, Raga, Yuka dan para peminatnya.
Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh mendapatkan tiket tayangan perdana kepada filem terbaharu Ultraman, pas ke sesi Meet & Greet serta barangan eksklusif Ultraman Decker secara percuma apabila mereka menebus kod Astro Rewards pada 24 dan 25 Jun di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar.
Peluang untuk menebus kod ini adalah terhad dan setiap pelanggan hanya boleh menebus empat tiket tayangan dan empat pas Meet & Greet sahaja bermula 7 Jun sehingga 25 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, sila muat turun aplikasi MyAstro menerusi Google Play dan App Store.
Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar berlangsung mulai 10 Jun hingga 2 Julai 2023 di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Sidang media untuk siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar diadakan pada 25 Jun 2023 pada pukul 1.00 tengah hari. Manakala Live Show & Cast Talk bersama barisan pelakon yang hadir iaitu Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) diadakan sebanyak dua sesi pada 25 Jun 2023, jam 12.30 tengah hari dan 4.00 petang sahaja. Dapatkan pelbagai barangan eksklusif Ultraman Decker serta peluang menemui mereka dengan ganjaran-ganjaran yang menarik daripada Astro di acara ini.
BACA: "Ultraman Kecek Kelate Ko?" - Comelnya... Tok Dalang Cilik Jadi Perhatian
Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611). Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ultraman Blazar, sila layari https://content.astro.com.my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Astro Rewards Polis Evo 3 Rekrut, Saksikan #PE3 Di Astro First & Berpeluang Menang Meet & Greet Bersama Pelakon

gempak
11/08/2023
12:50 MYT
Saksikan Polis Evo 3 di Astro First dan berpeluang untuk menang!
Laman Utama

99 Ganjaran Istimewa Sepanjang 99 Hari Bersama Astro Rewards!

gempak
02/03/2023
08:59 MYT
Menangi iPad, iPhone, Apple Watch, TV 4K atau nikmati percutian eksklusif.
Laman Utama

Rebut Peluang Memenangi Tiket Tontonan Eksklusif Hari Ini!

gempak
22/07/2022
07:00 MYT
Jom pakat tengok ramai-ramai
Laman Utama

Hello Pelanggan Astro, Anda Nak Menang Set Perabot Atau Percutian Hebat Tak? Mudah Je!

gempak
25/04/2022
09:34 MYT
Eh lovenya! Banyak benda best ni guys.
Laman Utama

Jom Layan Movie Night Out Dengan Bintang Big Stage 2022, Ini Cara-Cara Mudah Nak Join!

gempak
21/03/2022
07:24 MYT
Fuh! Bestnya dapat layan Spiderman: No Way Home!