,
Laman Utama

“Rezeki Dia, Dia Makan,” - Search Pilih Move On, Bakal Tawan Peminat Dalam Konsert Endemik 4 Jun Depan

Maliah Surip
27/04/2022
06:50 MYT
Dua kumpulan dengan nama sama, Search; yang antaranya masih dianggotai jentera lama yang terpecah dua memang membuat peminat tegar kumpulan legenda negara ini ‘berbalah’.
Bukan sedikit pandangan dan kritikan yang dilontarkan, malah sang vokalis, Amy diserang dengan pelbagai cercaan bukan sahaja dalam kalangan peminat tetapi penggiat seni tempatan sendiri.
Selaku kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia, Search dengan kebanyakan anggotanya sudah melewati usia 55 tahun dan ke atas selain lebih 40 tahun menakluk pasaran muzik tidak seharusnya berdepan isu Search 1, Search 2; begitulah sekurangnya isu yang menjadi perbualan.
Enggan menoleh ke belakang dan ambil pusing keriuhan penggunaan nama sama, Search yang kini kembali bersama anggota asal termasuk Amy, Man Kidal, Nasir dan Hillary memilih bersifat profesional.
Apa yang lebih penting buat Search sekarang adalah karya yang mahu mereka persembahkan kepada peminat.
“Saya selalu ambil ia santai. Dalam hidup memang akan selalu ada dugaan. As long ambil ia (dugaan) berbesar hati dan reda akan selalu ada rezeki. Rezeki dia dia makan, rezeki kita, kita makan.
“Jika orang masih bercakap tentang isu ini, saya sebolehnya letak ia ke tepi. Saya sudah 64 tahun, saya ambil ia positif. Percaya kepada Allah,” ujar Amy tanpa mahu menidakkan kritikan dan pendapat umum terhadap kemelut penjenamaan Search.
Lantaran itu, sebuah single hampir menyapa halwa telinga peminat dan rencana konsert berskala besar sikit lagi terlaksana.
“Jadi dengan ini kami mengumumkan Search akan melakukan konsert berskala besar pertama kami selepas pandemik yang diberi judul Konsert Endemik Search pada 4 Jun depan.
“Ia akan diadakan di Zepp Hall Networkl Inc dengan LOL Asia sebagai penganjur.
“Di konsert ini kelak, peminat juga akan pertama kali diperdengarkan single pertama kami, Endemik, secara langsung,” tambah Amy lagi dalam pertemuan santai bersama media pada majlis berbuka puasa bersama Search dan pelajar pusat tahfiz Al Bayan di Kuala Lumpur, semalam.
Di Zepp Hall juga, Search berikrar akan memberi sebuah persembahan terbaik sebagai pengubat rindu buat seluruh peminat. Apa lagi nilai konsert ini melebihi bajet RM1 juta.
“Khalayak akan menyaksikan Search dengan formasi asal dan sesuatu yang lebih matang. Ini juga akan menjadi tanda aras baharu buat kami serta dunia hiburan kita,” ujar Search lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Unitar