,
Laman Utama

Rezeki Buat Aaron Aziz, Yusof Haslam Pula ‘Offer’ Berlakon - “Bila Dia Beritahu Digugurkan & Hilang Kerja…”

Asyikin Mayudin
16/03/2023
23:46 MYT
Rezeki tak pernah salah alamat… itu yang boleh digambarkan mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz yang menerima tawaran berlakon bersama pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam.
Enggan menimbulkan sebarang spekulasi, Yusof menegaskan tawaran yang diberikan itu tiada kena mengena dengan konflik antara anaknya iaitu Syamsul Yusof dan Aaron.
"Sebenarnya saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.
"Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.
“Tak niat, demi Allah… Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu," katanya.
Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.
Malah Yusof turut menjelaskan dia enggan mengambil tahu mengenai kemelut antara Syamsul dan Aaron namun tetap mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.
"Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat.
“Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis. Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya... begitu juga dengan Aaron.
“Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”

gempak
23/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Hiburan

Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

gempak
23/09/2024
00:55 MYT
Kehadiran ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memberi sokongan terhadap bekas menantunya, aktres Puteri Sarah Liyana pada minggu pertama Muzikal Lawak Superstar 4 menarik perhatian ramai.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
BorakSeeni