,
Hiburan

Restoran Fast Food Terkenal Nak Saman Gerakan Pro-Palestin, Ini Pendapat Michael Ang

Muhammad Firdaus
01/01/2024
11:55 MYT
Pelakon dan Pengarah, Michael Ang memberikan pendapat tentang isu restoran fast food antarabangsa yang mahu mengenakan tindakan saman ke atas satu gerakan Pro-Palestin yang dikenali sebagai BDS Malaysia.
Menerusi hantaran Michael atau lebih mesra dipanggil sebagai Mike di Instagram Stories, dia menyatakan restoran fast food itu tidak perlu berusaha keras untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa mereka bukan Pro-Israel kerana beranggapan tindakan itu hanyalah sia-sia.

BERITA TRENDING: Michael Ang Tegur Netizen Puaka - “Bila Pelakon Jual Nasi Ayam Kau Kutuk, Dah Confirm Masuk Syurga Ke?”

“Tak payah lah nak tunjuk satu Malaysia you tak support IsHell! Sebab di mata kasar rakyat Malaysia you sokong IsHell!
“Dan nak ubah persepsi rakyat Malaysia pasal isu tu akan sama macam curah air dekat daun keladi,” tulis Mike.
Dalam pada itu, Michael Ang pada akhir penulisannya memberikan cadangan supaya rangkaian restoran antarabangsa terkenal itu memfokuskan memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan berbanding isu saman menyaman.
“Duit yang awak semua nak bayar peguam tu, lagi baik derma dekat rakyat Malaysia yang memerlukan,” tulisnya lagi.
Sekadar info, francais makanan segera itu baru-baru ini memfailkan saman terhadap BDS Malaysia atas dakwaan fitnah.
Restoran fast food itu juga menegaskan ia tidak menyalurkan sumbangan untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.