,
Laman Utama

Resipi Kejayaan 4 Dekad Slank - “Perlu Adil Dan Beri Sama Rata”

Izwan Isa
26/12/2022
12:50 MYT
Kumpulan dari seberang, Slank berkongsi resipi kejayaan masih lagi bertahan sebagai sebuah band sungguhpun sudah 39 tahun berkarier sebagai anak seni.
Pemain dram, Bimbim berkata, apa yang penting adalah kesefahaman di samping setiap anggota memasang impian dan cita-cita yang sama.
“Apa resipi kami bertahan selama 39 tahun? Perlu adil dan memberi sama rata. Sebuah kelompok band itu harus punya mimpi yang sama.
“Dan kelompok yang sama itu juga harus berkarya. Hal itu yang membuatkan kita bertahan sehingga ke hari ini,” ujar mereka kepada Gempak.
Kumpulan Slank berkata demikian ketika ditemui sebelum Konsert 4 Dekad Slank yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur, semalam.
Ditanya apakah titik terendah yang pernah dialami oleh mereka, Bimbim menjelaskan, mereka pernah terjerat isu dadah sekitar tahun 90an.
“Mengimbau kembali ke tahun 90an, kami ada masalah dadah. Namun, hal tersebut berjaya ditangani dan kami berjaya bangun dan kembali bebas.
“Bila difikirkan semula, dari situ kami boleh menjadi kami yang hari ini. Hal berkenaan merupakan sebahagian daripada kerjaya kami sebagai penyanyi,” katanya lagi.
Sepanjang lebih dua jam persembahan Konsert 4 Dekad Slank, band dari Jakarta, Indonesia yang dianggotai oleh Kaka selaku vokalis, Bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) itu berjaya memukau peminat yang hadir dengan lagu-lagu hits mereka.
Antara lagu yang didendangkan termasuklah I Miss U But I Hate U, Gara Gara Kamu, Virus, Mars Slankers, Kirim Aku Bunga dan Ku Tak Bisa.
Persembahan turut dihangatkan dengan kehadiran Ratu Rock Negara yang mempersembahkan lagu Pandang Pertama bersama Slank selain lagu solo Kesal dan Sepi Sekuntum Mawar Merah.
Kredit foto: Maestro RIdwan
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.