,
Hiburan

Resipi Ala Burn Cheese Cake, Tapi Guna Roti? Ha Macam Mana Pula Tu?

Hanafis Haris
21/07/2020
08:22 MYT

Jika sebelum ini juadah manisan ‘burn cheese cake’ amat popular dalam kalangan masyarakat, namun kini muncul pula resipi baru yang hampir sama.

Apa yang membezakannya adalah ia menggunakan roti sebagai bahan utama.

Resipi ini mula viral apabila ia dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ida Osman.

Menurut Ida, biarpun nampak mudah, namun resipi dikenali sebagai ‘roti basque burn cheese’ ini amat melazatkan.

Anda boleh lihat bahan yang diperlukan di bawah.

  • 100gm cream cheese
  • 2keping keju cheddar disiat2
  • 40gm susu cair
  • 40gm gula caster
  • 20gm butter tawar
  • 2bj kuning telur
  • 1/4st esen vanilla

Menurut Ida, dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu hingga keju cair.

“Sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus. Masukkan gula dan setelah gula larut masukkan butter.

“Kacau hingga butter sebati baru masukkan kuning telur. Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti custard.

“Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau dan sapu kastad ni di atas roti.

“Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10 minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus,” katanya.

Jelasnya, jangan bakar terlalu lama untuk elak daripada keju mengering.

Anda boleh lihat posting penuh Ida di bawah.

serius ..sedap sgt pd tekak sy... Alhamdulillah xsedar ..brkeping2 masuk perut BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE...Posted by Ida Osman on Monday, July 13, 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.