,
Laman Utama

Reputasi Buruk Lepas Curang Dengan Shakira, Gerard Pique Tak Mahu Buang Masa Bersihkan Imejnya

Maliah Surip
25/03/2023
14:57 MYT
Perpisahan di antara penyanyi Shakira dengan pemain bola Gerard Pique telah menjadi sebuah berita yang mengejutkan peminat mereka.
Apa lagi mereka yang sudah lebih 10 tahun hidup bersama berpisah kerana Pique berlaku curang. Shakira kemudian melahirkan sebuah single Out of Your League dalam bahasa Inggeris dan Pa’ Tipos Como Tu (Sepanyol) yang menyindir Pique menjadi fenomena.
Beberapa bulan selepas perpisahan, Pique buat pertama kalinya berbicara mengenai perpisahan dengan penyanyi itu.
Pique bagaimanapun enggan mengulas tentang perpisahan dan kesan dalam kehidupannya tetapi lebih suka bercakap tentang fokus yang mahu diberikan kepada dua anak mereka, Milan dan Sasha.
“Setiap orang punya tanggungjawab terhadap anak. Ini tentang melindungi mereka dan itulah tugas semua ibu bapa. Ini yang saya fokus sekarang sebagai seorang bapa,” katanya kepada Billboard.
Dia juga menolak untuk berkongsi tentang masalah yang berlaku dengan Shakira.
“Tidak, saya tidak akan dan tidak mahu bercakap tentangnya,” kata Pique ringkas.
Ditanya mengenai hubungannya dengan kekasih baharu iaitu Clara Chia Marti, Pique berkata dia hanya mahu jujur dengan diri sendiri dan gembira dengan kehidupannya sekarang.
Malah Pique dipetik berkata tidak mahu menghabiskan masa atau wang hanya untuk membersihkan imejnya yang telah rosak.
“Saya mahu jujur dengan diri sendiri dan masih gembira dengan apa yang saya mahu lakukan.
“Saya tidak akan menghabiskan masa dan wang untuk membersihkan imej saya. Saya hanya peduli kepada orang terdekat dan kenal saya. Selebihnya, saya tidak peduli.
“Saya hanya bahagia sekarang dan akan mengekalkan kebahagiaan ini,” akuinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.