,
Hiburan

Rendang Ayam 'Crispy' Kini Dalam Menu IKEA

Kamaruddin Razal
15/04/2018
00:30 MYT
Gara-gara isu ayam rendang ‘crispy’ yang mula tular sejak beberapa minggu lalu, kini peruncit perabot terbesar di dunia, IKEA merealisasikan menu tersebut.
IKEA Malaysia menerusi status di platform media sosial Facebooknya memperkenalkan Rendang Chicken Wings yang sudah mula dijual pada 13 April sehingga 30 April ini.
“Promosi ini bernilai RM18.90 untuk 6 ketul kepak ayam rendang dan boleh didapati di semua restoran IKEA bermula hari ini (13 April) sehingga 30 April 2018,” katanya.
Namun, menu tersebut mengundang pelbagai komen, ada yang teruja untuk mencuba menu itu dan ada juga yang berkata bahawa resipi asal ayam rendang sepatutnya dikekalkan.
Dalam pada itu, IKEA Singapura turut memperkenalkan menu yang sama bernilai $9 (RM26.60) untuk 6 ketul kepak ayam rendang.
Terdahulu, restoran makanan segera menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.
Namun, selepas dikecam teruk oleh netizen gara-gara isu ayam rendang 'crispy', juri MasterChef UK akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Gregg Wallace menjelaskan apa yang dimaksudkannya adalah rendang ayam yang dimasak peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu sebenarnya tidak masak, bukan garing.
Sumber: Astro Awani Foto: Facebook IKEA Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nabil Ahmad & Hawa Rizwana Join Geng Bermalam Di IKEA, Cool-lah!

gempak
25/10/2023
11:44 MYT
Penampilan khas selebriti, rakaman podcast langsung, persembahan langsung, dan banyak lagi
Laman Utama

Dope! Swedish House Mafia Kerjasama Dengan IKEA Hasilkan Koleksi OBEGRÄNSAD... Ini Item-Item Pilihan Gempak

gempak
16/10/2022
05:46 MYT
Koleksi OBEGRÄNSAD baharu oleh IKEA menerusi kerjasama dengan Swedish House Mafia telah tiba di Malaysia.
Laman Utama

Lovenya! Ini Produk IKEA Yang Boleh Bantu Tidur Nyenyak, Eh Lagi Selesa Dari Hotel Tau

gempak
10/06/2021
05:47 MYT
Love sangat kan produk IKEA ni.
Laman Utama

Ready Nak Raya Tapi Gaya Kurang Kick? Cuba Tips & Trik IKEA Ini, Confirm Style Lebaran ‘Merentas Sempadan’

gempak
28/04/2021
09:03 MYT
Tak sabar nak beraya dengan IKEA tahun ni! Confirm bergaya!
Laman Utama

Kes Positif COVID-19, IKEA Damansara Ditutup

gempak
02/01/2021
08:56 MYT
Hati-hati jaga diri, jaga SOP.