,
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

Gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Remaja lelaki yang meninggal dunia selepas rebah ketika hendak menyaksikan perlawanan Piala FA antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat pernah bergurau tentang kematiannya.

Bergurau Akan Meninggal Dunia

Menurut laporan Sinar Harian, ibunya, Normiza Md Noor, 43, berkata, anak kedua daripada empat adik beradik itu, Muhammad Danish Hakim Muhammad Zahir,18, pernah bergurau dengan kakaknya, Nur Nafisa,19, bahawa dia akan meninggal dunia pada hari Jumaat.
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.

"Muhammad Danish Hakim suka bergurau dan amat disayangi cikgu-cikgunya. Dia pernah kata pada cikgunya, sekiranya dia meninggal dunia, pasti cikgunya akan merinduinya.

"Selain itu, dia juga pernah bergurau memaklumkan dia akan viral (tular). Cikgu tanya balik viral pasal apa, dia (Muhammad Danish) gelak-gelak," katanya.

Alami Sakit Jantung Berlubang

Tambah Normiza, mereka memang tidak menyangka gurauan Muhammad Danish akan menjadi kenyataan apabila meninggal dunia pada hari Jumaat dan tular di media sosial seperti dikatakannya.
Muhammad Danish yang mesra dengan panggilan abang itu mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah memang menghidap penyakit jantung berlubang yang serius sejak lahir.
"Pada 1 Januari lepas, dia tiba-tiba batuk berdarah dan perlu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama seminggu.

"Ketika itu, doktor memaklumkan keadaan Muhammad Danish makin serius dan keluarga perlu bersedia pada bila-bila masa serta memberi layanan terbaik sekali gus memenuhi segala permintaannya.

"Jadi, saya benarkan apabila dia (arwah Muhammad Danish meminta kebenaran untuk menonton perlawanan bola sepak bersama adiknya, Muhammad Farish Zakuan, 15, dan seorang lagi rakannya," katanya.

Mahu Jadi Pemain Bola Sepak

Kongsi Normiza lagi, anak lelakinya itu amat meminati sukan bola sepak dan menyokong pasukan bola sepak terutamanya JDT dan KFA FC.
Menurutnya, Muhammad Danish juga berhasrat bermain bola sepak dan menjadi pemain bola sepak namun penyakit jantung berlubang dihidapi menghalang cita-citanya.
"Muhammad Danish kata jika dia tidak sakit, pastinya dia dapat bermain bola.

"Sebelum ini, adik arwah menyertai Kenari Kid namun hanya main-main dan dia marah adiknya. Dia cakap kalau dia sihat, pastinya dia main bersungguh-sungguh," katanya.

Kata Normiza, dia terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan anaknya sawan secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia, namun reda dengan pemergian Muhammad Danish.
"Kami telah berusaha memenuhi segala permintaan abang, malah dia pergi pada hari baik, jadi kami sekeluarga reda atas ketentuan Illahi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.