,
Viral

Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

Awani
27/06/2024
14:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Terima Perintah Mahkamah

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memutuskan demikian selepas meneliti laporan akhlak remaja itu yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BERITA TRENDING:Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu menjalani bengkel interaktif dianjurkan JKM dan sekatan keluar rumah bermula 10 malam hingga 6 pagi selama setahun.

"Dia memohon maaf kepada mahkamah dan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun depan...

Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh berkata semasa rayuan, anak guamnya yang menangis mengakui kesalahan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
"Dia memohon maaf kepada mahkamah dan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun depan," katanya.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim.
Remaja itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu pada 1.08 petang, 22 April lepas.

​BERITA TRENDING:Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

​BERITA TRENDING:Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan tiga lelaki berada di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api dan membakar haiwan itu.

​BERITA TRENDING:Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis

Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar