HIBURAN
Rebecca Nur Al Islam Sambut Raya Di Madinah, Luah Rindu Pada Anak-Anak – “Selamat Hari Raya Anak-Anakku”
Pelakon, Rebecca Nur Al Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di Madinah, Arab Saudi.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Rebecca memaklumkan dia menyambut hari raya di Tanah Suci bersama suami tercinta.
“Selamat hari raya Aidilfitri dari bumi Makkah dan Madinah. Maaf zahir batin,” kongsinya.
Rebecca turut berkongsi foto dia mengenakan jubah hitam di hantaran Instagram Stories.
Dalam perkongsian berbeza, Rebecca turut memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia bersama anak-anak.
Rebecca meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya selain mengucapkan Hari Raya.
“Ala rindu anak-anak ku. Selamat Hari Raya anak-anakku dari Mummy dan Papa dari bumi Madinah.
“Mummy jumpa anak-anak Mummy soon, Insya-Allah,” coretnya.
Terdahulu, umat Islam di Arab Saudi mengumumkan tarikh sambutan 1 Syawal pada Ahad bersamaan 30 Mac.
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan dikeluarkan di aplikasi X, Haramain Sharifain pada Sabtu malam.
Must-Watch Video