,
Hiburan

Rebah Ketika Jalani Penggambaran, Pelakon Kacak Godfrey Gao Disahkan Meninggal Dunia

Mya Amri
27/11/2019
09:48 MYT
Pelakon Taiwan-Canada Godfrey Gao disahkan meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran program realiti televisyen, Chase Me di China Timur awal pagi Rabu.
Berita itu disahkan oleh agensinya, JetStar Entertainent menerusi kenyataan rasmi hari ini.
“Dia telah meninggalkan kita semua… Kami masih lagi terkejut dan bersedih untuk menerima kenyataan ini.
“Keluarganya terus bergegas ke lokasi selepas mendapat berita sedih berkenaan. Tolong memahami keadaan keluarga Godfrey yang sedang bersedih. Diharapkan tidak ada yang menganggu mereka buat masa ini,” ujar wakil agensinya.
Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang dikejarkan ke pusat perubatan apabila tidak sedarkan diri selepas rebah ketika berlari dalam satu acara berpasukan.
Bagaimanapun sebelum dikejarkan ke hospital, paramedik sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit sebelum jantungnya berhenti berdegup.
Zhejiang Televisyen kemudian mengumumkan Gao meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas doktor gagal menyelamatkannya.
Chase Me merupakan rancangan realiti Cina yang melibatkan dua pasukan saingan untuk memenangi perlumbaan.
Terdahulu, pelakon kelahiran Taipei, Taiwan ini mempunyai ibu yang berasal daripada Malaysia dan bapa berasal Taiwan.
Gao juga banyak menghabiskan masa kecilnya di Vancouver, British Columbia, sebelum kembali ke Taiwan pada tahun 2004 untuk bekerja sebagai model dan pelakon.
Sumber: South China Morning Post / Taiwan News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.