HIBURAN
Reaksi Comel Song Ji Hyo Malu-Malu Lihat Diri Sendiri Di Skrin Panggung Wayang Buat Ramai Jatuh Hati - “Tak Sangka Saya Clumsy Macam Ni”
Pelakon terkenal Korea, Song Ji Hyo hadir ke Malaysia bagi mempromosikan siri dokumentari terbaharu berjudul Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure.
Comel bila malu-malu
Malam tayangan eksklusif yang berlangsung di Aurum Theatre, Imax, The Exchange TRX itu menyaksikan Ji Hyo hadir begitu anggun dengan menggayakan busana bewarna putih krim.Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat Ji Hyo yang comel dan malu-malu usai menonton episod pertama dokumentari berkenaan membuatkan penonton yang hadir jatuh hati.
Kata Ji Hyo, dia tidak menyangka dirinya kelihatan begitu kekok sekali sewaktu mempelajari cara-cara seorang penyelam wanita menyelam.
“Saya mempunyai keazaman yang tinggi untuk cuba melakukan pekerjaan sebagai Haenyeo (penyelam wanita).“Sebelum saya menjawab pertanyaan atau soalan anda, izinkan saya ketawa dahulu sebab ini adalah kali pertama saya menonton dokumentari ini yang sudah siap sepenuhnya. “Saya sendiri tidak menyangka diri saya untuk menjadi seorang yang sangat ‘newbie’ dan kekok seperti itu.
“Tetapi bila saya melihat diri saya sedang berenang secara keanak-anakkan membuatkan saya rasa sedikit segan.
“Bagi saya ia agak memalukan tetapi saya sendiri boleh melihat bersama anda semua bahawa pekerjaan sebagai Haenyeo ini bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya sambil tersenyum.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Sebaknya Tengok… Patut Ramai Sayang” - Song Ji Hyo Guna Bahasa Isyarat, Layan Peminat OKU Dengan Ikhlas
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Song Ji-Hyo Tolong Peminat Jatuh Di KLIA, Ramai Makan Hati; “Tetiba Rasa Nak Jatuh Juga!”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Mabuk & Jadi Marah Ketika Itu…” - Akhirnya Song Ji Hyo Dedah Punca Rambut Pendek
ARTIKEL BERKAITAN:“Jaga Diri Sendiri Pun Susah, Apatah Lagi Bila Berdua” - Song Ji Hyo Belum Terfikir Untuk Berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN:#OhDaebak: Song Ji Hyo Malu-Malu, Potong Ala Boyish Pun Lawa! Ini Lima Gaya Rambut Lain
Saksikan tayangan perdana Deep Dive Korea: Song Ji-Hyo’s Haenyeo Adventure setiap Ahad, mulai 11 Mei jam 9 malam.Siri ini juga akan tersedia pada masa yang sama di saluran BBC Earth, saluran UnifiTV (501) dan saluran Astro (554).
Untuk info, Haenyeo ialah penyelam wanita profesional yang menyelam ke dalam laut tanpa sebarang peralatan mekanikal untuk menangkap hasil laut.
Secara majoritinya, Haenyeo berada di wilayah Jeju Korea Selatan.
Jeju Haenyeo mencari rezeki dengan menuai abalon, kerang, gamat dan hijiki dari lautan.
Must-Watch Video