,
Laman Utama

Rayuan Berhasil! Bruno Mars Diberi Peluang Buat Persembahan Di Pentas Grammy Tahun Ini

Asraf Aided
12/03/2021
11:50 MYT
Rayuan penyanyi Hollywood, Bruno Mars untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy ke-63 tahun ini ternyata berhasil.
Penganjur anugerah berprestij itu, Recording Academy telah memberi respon terhadap surat terbuka dari Bruno menerusi akaun Twitternya merayu untuk membuat persembahan di anugerah tersebut bersama kumpulan terbarunya, Silk Sonic.
"Kami telah menghubungi anda (Bruno) sepanjang minggu, adakah anda telah menukar nombor telefon?
"Kami berbesar hati untuk melihat debut Silk Sonic di Grammy, anda ada kelapangan malam Ahad ini? sila beri respon dan kami akan DM maklumat berkaitan," tulis Recording Academy di Twitter. Pada 8 Mac lalu, Bruno menulis surat terbuka yang juga mewakili pihak rakannya, Anderson Paak di mana mereka telah berkolaborasi untuk projek band terbaru, Silk Sonic.
BACA: Grammy2021: Bruno Mars Rayu Diberi Peluang Buat Persembahan - "Janji Tak Lakukan Lebih-Lebih"
Recording Academy sebelum ini telah mengumumkan barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Anugerah Grammy ke-63.
Antaranya BTS, Taylor Swift, Billie Eilish, Megan Thee Stallion dan John Mayer.
Jangan lupa saksikan Anugerah Grammy 2021 secara langsung pada 15 Mac, jam 8.00 pagi di FOXlife (saluran 703 HD / 723) manakala siaran ulangan pula pada jam 8.00 malam.
Untuk platform digital, Anugerah Grammy 2021 boleh distrim menerusi On Demand STB dan Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

gempak
06/07/2024
02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Hiburan

Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!

gempak
23/04/2024
04:55 MYT
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Laman Utama

Beyonce Dominasi 9, BTS ‘Sangkut’ 3 Pencalonan Grammy Awards 2023

gempak
16/11/2022
08:31 MYT
Beyonce mencipta rekod apabila mendominasi Grammy Awards 2023 dengan sembilan pencalonan.
Laman Utama

Bruno Mars, Dua Lipa, Ariana Grande.. - Radio Indonesia Dilarang Mainkan 42 Lagu-Lagu Selebriti Ini Sebelum 10 Malam

gempak
07/07/2021
14:35 MYT
Mengandungi lirik yang didakwa tidak bermoral.