Hiburan
Rayuan Along Cham Ditolak, Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah Jenis Kanabis
Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Dan Majistret Sepang pada Jumaat atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram Sabtu lalu.
Pelakon itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas dia memahami semua pertuduhan dibacakan keatasnya di hadapan Hakim Amir Affendy Hamzah dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Along ketika dibicarakan di Mahkamah Sesyen mengikut pertuduhan didapati dalam milikannya disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya, Selangor pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Jika disabit kesalahan dia boleh di penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan tertuduh diwakili peguam Mohd. Fadly Hashim.
Ketika prosiding, Along Cham yang membuat rayuan sendiri bagi diberikan ikat jamin atas alasan mahu mengusruskan persekolahan anaknya bahaimanapun ditolak oleh hakim.
Menurut Hakim Ahmad Fuad jaminan tidak dibenarka kerana peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.
Hakim Amir Affendy kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Sementara pelakon berkenaan turut dituduh di Mahkamah Majistret dan mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan sama membabitkan anggaran berat dadah jenis sama 2.07 gram pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur 'Ain Madihah Zulkifli tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen yang tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun peguam Mohd. Fadly memohon dibenarkan ikat jamin kerana anak guammnya perlu menyara seorang isteri dan empat anak.
Majistret Muhammad Bukhori kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).
Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau malah, dikatakan sudah menagih dadah sejak lapan tahun lalu.
Must-Watch Video