gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kereta Jatuh Tebing Semasa Lakukan Aksi Tak Senonoh
HIBURAN
Album ‘Seharum Nama-Bunga’, Serlahkan Transisi Bunga Isme Dalam Muzik - “Perasaan, Perjalanan & Jiwa Yang Tulus…”
HIBURAN
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', Penduduk Dakwa Hidu Bau Harum
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KILAUAN EMAS 2025

Ray-D Teruja Ibu Sertai Kilauan Emas 2025 - “Oh My God, Ibu Saya Dah…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/08/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Ray-D Teruja Ibu Sertai Kilauan Emas 2025 - “Oh My God, Ibu Saya Dah…”

Penyanyi, Ray-D meluahkan rasa gembira apabila ibunya, Norlizah Zakaria berjaya melangkah ke pentas program realiti nyanyian popular, Kilauan Emas.

Jelas Ray-D, dia tidak sangka ibunya berjaya melepasi untuk menyertai program nyanyian itu selepas dia selesai bertanding di program realiti, Big Stage Alpha.
“Sebenarnya ibu saya dah join audition Kilauan Emas tahun lepas tapi bukan rezeki dia lagi dan tahu ini dia cuba lagi alhamdulillah betul-betul selepas saya keluar Big Stage Alpha dia pula dapat sertai Kilauan Emas.
“Sejujurnya saya sangat-sangat gembira dengan ibu saya sebab kami berkongsi minat yang sama,” katanya.
Ray-D juga mendoakan agar ibunya dapat berikan yang terbaik sepanjang bertanding di dalam program berkenaan.
“Saya tahu dia dapat masuk Kilauan Emas itu, cuma tak sangkakan bila buka sosial media selepas hari PC tu semua orang tag saya. Semua keluar muka Ibu saya je, dekat orang kata media hiburan, dekat gempak, dekat astro.
“Saya macam alamak kan macam oh my god ibu saya dah famous lah sekarang. saya sangat-sangat gembira untuk dia dan harap ibu boleh buat yang terbaik untuk pertandingan ini,” tambahnya.
Musim ini menyaksikan 12 peserta solo berumur antara 43 hingga 65 tahun termasuk Zanie, Shah, Nurul, Kinar, Mazleen, Majid, Leeza, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay.

Masing-masing membawa keunikan dan kekuatan tersendiri dalam merebut tempat sebagai juara.

Program ini dikendalikan oleh personaliti popular Elly Mazlein selaku hos utama, bersama Joey Daud selaku pengacara belakang pentas dan hos Diari Kilauan Emas.

Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura.

Kilauan Emas 2025 akan bersiaran pada 16 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.

Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.

Topic Berkaitan
#Kilauan Emas
#RayD
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement