,
Laman Utama

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli

Shahrin Zulkifle
27/06/2022
08:36 MYT
Selepas kejayaan pada siri pertamanya, ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn. Bhd kini kembali dengan siri kedua, Ratu Ten Pin 2: Shalin.
Bakal bersiaran selama 20 episod secara total, diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifle termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara.
Menurut ketua saluran Astro Ria, Muhammad Idlan Afiq Muhammad Zahari memberitahu filem ini bakal mengangkat darjat wirawati negara dalam bidang sukan.
“Siri kali ini bakal menjanjikan pelbagai kelainan kerana ianya berunsurkan sukan boling dan bagaimana sensitifnya sukan tersebut.
“Drama ini juga akan mengangkat watak-watak wanita muda yang progresif dan berdaya saing, lantas menjadikan suri teladan kepada generasi muda, terutamanya mereka yang minat dalam sukan boling.
“Saya juga mengharapkan penonton akan terhibur dan menyukai filem yang berpaksikan kisah hidup atlet negara kita iaitu Syahlin,” katanya.
Sementara itu, suami kepada pelakon Shiela Rusly, Hj Azman Hj Yahya atau lebih mesra di panggil Jinggo menggalas tugas penting sebagai pengarah drama bersiri ini.
Menurut pengarah hebat itu, jalan cerita bagi siri kedua bakal memfokuskan perjalanan kerjaya wirawati negara itu untuk membina nama dalam arena sukan boling.
“Signifikan drama ini adalah Shalin itu sendiri, saya sendiri mengikuti dan meminatinya dari usianya masih muda.
“Bagi musim kedua ini penceritaan lebih banyak kepada pengorbanan dan kepayahan serta kesusahan mencipta nama sebagai Ratu Ten Pin negara.
“Kami turut menambah dengan subplot yang lain untuk dijadikan behan-bahan atau fakta yang menyokong ceritanya supaya lebih menarik dan seronok ditonton,” ujar Jinggo.
Drama ini dibarisi barisan pelakon hebat seperti Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Datuk Fizz Fairuz dan juga penampilan khas oleh bekas pemain profesional tenpin boling Malaysia, Syaidatul Afifah.
Sinopsis :
Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya. Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Mentua Dah Tanya Bila Nak Ada Anak Kedua, Elisya Sandha Pula Mahu Beli Rumah

gempak
10/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha mengakui ibu mentuannya iaitu pengarah dan pelakon Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua.
Laman Utama

“Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

gempak
23/10/2023
23:50 MYT
Elisya syukur ada ibu mentua yang memahami.
Laman Utama

Mat Sabu Dahului Anugerah Datuk Seri, Atlet Boling Negara, Shalin Kini Bergelar Datuk

gempak
01/02/2023
07:00 MYT
Tahniah
Laman Utama

[VIDEO] Untungnya Elisya Sandha! Galas Tanggungjawab Besar Selepas Sertai Syarikat Produksi Mentua - “Pengakhiran 2022 Telah Sampai, Cabaran 2023…”

gempak
30/12/2022
01:51 MYT
Wah tahniah!
Laman Utama

Netizen Tanya Perasaan Fasha Sandha Lihat Sheila Rusly Jadi Mentua Elisya; “Saya Yang Menyatukan…”

gempak
23/12/2022
08:30 MYT
Kebahagian Elisya kebahagian Fasha juga