,
Gaya Hidup

Ratu Malaysia Tergelincir! Apa Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe?

Kamaruddin Razal
08/12/2019
09:03 MYT
Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon tergelincir ketika menggayakan dalam acara Swim Wear pada pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia.
Bukan sahaja Malaysia, malah wakil Indonesia serta Perancis turut mengalami nasib sama, lapor Astro Awani.
Shweta yang bermula cemerlang berjaya meneruskan persembahan setelah rebah dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.
Beberapa laman Instagram yang menjadi pemerhati pertandingan ratu cantik menyifatkan keadaan pentas yang kecil dan licin menjadi punca kepada berlakunya kejadian itu.
Bagi Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Datin Elaine Daly, Shweta berjaya melakukan yang terbaik.
“Apa yang boleh saya katakan, Shweta telah berikan persembahan yang mantap, dia berjalan dengan penuh attitude, namun keadaan pentas yang licin menyebabkan Shweta 'tergolek', namun dia berjaya bangkit dengan cemerlang.
“Apa yang penting, Shweta berjaya serlahkan keyakinannya dengan penuh glamor, elegan dan kejadian tersebut tidak menampakkan sebarang kecacatan pada persembahannya,” ulasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, Shweta tidak berputus asa dan ini dibuktikan dalam pusingan Evening Gown apabila Shweta tampil lebih yakin dan bersahaja biar pun nampak sedikit berhati-hati dengan keadaan pentas.
Gaun rekaan Carven Ong nampak bersinar dan menyerlah di atas pentas, malah rata-rata pemerhati memberikan ulasan yang cemerlang terhadap persembahan Shweta.
Diharap kejadian tersebut tidak sesekali mematahkan semangat Shweta untuk beraksi dengan lebih baik dan membawa aspirasi serta hasrat rakyat Malaysia untuk merobohkan tembok penantian Malaysia selama 49 tahun melepasi peringkat separuh akhir Miss Universe.
Pentas akhir Miss Universe 2019 akan berlangsung pada Isnin ini menyaksikan pemenang akan dimahkotakan dengan mahkota yang baharu tajaan Mouawad.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ -  “The Real Miss Universe”

gempak
08/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Hiburan

Sandra Lim Dinobat Miss Universe Malaysia 2024! - "Segalanya Berlaku Begitu Pantas, Syukur"

gempak
08/09/2024
01:55 MYT
Model dan pelakon Sandra Lim menepati ramalan selepas dinobatkan Miss Universe Malaysia 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Viral

Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia 2024, Tukar Nama Jadi Ayluna Putri

gempak
07/08/2024
12:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna mengumumkan bakal menjadi barisan peserta ratu cantik Miss Universe Indonesia tahun ini.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.