,
Laman Utama

“Rasanya Dah Boleh Pencen Kot” - Netizen Samakan Level ‘Drama Air Mata’ Kak Long Dengan Wan Maimunah?

Hanafis Haris
27/03/2022
01:56 MYT
Kecoh di media sosial sejak semalam apabila Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah video.
Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut diboikot sesetengah pihak.
Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk terjun daripada bangunan tinggi.
Susulan itu, Kak Long dilihat begitu sebak hingga mengalirkan air menerusi video berkenaan.
Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata netizen seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.
Malah, ada juga menyamakan level ‘kesedihan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.
“Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.
“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”.
“Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf menangis,” tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini.
"Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?
"Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.
"Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis.
"Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti," rayunya.
BACA: Kak Long Nangis Kering Air Mata, Depresi Kena Boikot - "Pergi Pasar Malam Orang Marah-Marah, Tak Bagi Berniaga"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Drama

“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

gempak
10/11/2024
14:55 MYT
Kemunculan pelakon, Zahiril Adzim dalam drama hits, Andai Tiada Dia ternyata membuatkan netizen bersorak.
Unitar