,
Berita

Rasai Pengalaman Menakjubkan Di Rumah Impian Barbie

Syafiqah Jalal
21/07/2018
06:31 MYT
Peminat patung permainan, Barbie tidak perlu berimaginasi lagi kerana rumah impian Barbie atau Barbie Careeer Dreamhouse pertama di Asia Tenggara kini berada di Malaysia.
Kini anda boleh menyelinap ke alam fantasi dengan menjadi sesiapa sahaja yang anda mahukan di Barbie Career Dreamhouse yang berada di Sunway Pyramid.
Rumah dua tingkat itu dibina dengan sebuah ruang muzik, bilik seni dan kraf, ruang tamu serta dapur yang mana semua ruang itu menjanjikan aktiviti yang menyeronokkan terutama buat kanak-kanak.
Dalam pameran itu, pengunjung boleh melihat banyak patung Barbie yang disusun rapi dalam almari dan rak kaca eksklusif serta bermain sendiri dengan semua permainan Barbie yang disediakan disitu secara percuma.
Selain itu pengunjung boleh mengambil bahagian dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel interaktif, menghias kek cawan, demonstartsi membuat jus, reka atau lukis baju Barbie, mengambil gambar dalam pakaian Barbie dan banyak lagi.
Anda juga boleh membeli terus pelbagai permainan Barbie di gerai yang dibuka sekitar kawasan pameran tersebut.
Jangan lepaskan peluang untuk berada di dunia Barbie ini bermula 19 hinga 29 Julai ini di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Teks oleh: Syafiqah Jalal Foto: FB Barbie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

gempak
12/04/2024
04:54 MYT
Prince Syed kata netizen lucu.
Viral

Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"

gempak
10/04/2024
11:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Prince Syed sekali lagi menuai perhatian warganet apabila tampil dengan busana raya bertemakan Barbie.
Filem

Comelnya! Sensasi Warna Merah Jambu Filem Barbie ‘Dihidupkan’ Di Astro Experience Store

gempak
16/01/2024
14:00 MYT
Barbie lover sila hadir!
Hiburan

Golden Globes 2024: Barbie Ungguli Anugerah Box Office, Semak Senarai Pemenang Tahun Ini!

gempak
08/01/2024
04:25 MYT
Tahniah buat semua pemenang!
Peraduan

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

gempak
27/09/2023
15:00 MYT