,
Laman Utama

“Rasa Lemas Bila Pakai…” -Zahiril Dan Shera Rasai Pengorbanan Frontliner Dalam Lockdown 2

Shahrin Zulkifle
14/06/2022
06:00 MYT
‘Lockdown 2’ mengisahkan tentang kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik Covid-19 dan impak yang dihadapi oleh mereka selama di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga ada yang sengsara kehilangan pekerjaan, punca mata pencarian, tekanan perasaan, hilang ahli keluarga dan sebagainya.
Dibintangi oleh barisan pelakon tanah air yang hebat antaranya Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang berkongsi pengalaman mereka ketika membawakan watak sebagai barisan hadapan.
Zahiril berkongsi detik memakai pakaian Personal Protective Equipment (PPE) mengajar dia untuk lebih menghargai penat lelah dan pengorbanan barisan hadapan yang sebenar ketika menjalakn tugas mereka.
“Bila pakai tu mula-mula rasa masih ok, sampai satu tahap tu saya rasa lemas sangat dan panas.
“Bila saya dah rasa sendiri pengalaman tu, perkata tersebut terus menyedarkan saya.
“Saya ada muatnaik gambar saya di Instagram dan kapsyen yang saya nyatakan ‘Ini adalah uniform yang perlu kita respect’,” kata Zahiril.
Membawa watak sebagai seoarang jururawat bernama Fitrah, Shera pula menjelaskan semangat cinta dan menghargai barisan hadapan timbul dalam dirinya selepas memakai pakaian PPE tersebut.
“Saya memang pakai fullset, seperti facemask, apron, sarung kaki dan sarung tangan.
“Apa yang saya pakai dalam drama itu sama seperti apa yang di pakai oleh petugas hospital sebenar.
“Baru satu babak tu dah boleh saya berpeluh dan panas sangat serta menyukarkan perjalanan saya.
“Bila pakai, semangat cinta dan lebih menghargai frontliner tu ada dalam diri saya,” ujarnya.
Drama ‘Lockdown 2’ kini sedang ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam bermula 6 Jun hingga 30 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Pelakon Baharu Perlu Popular Di Media Sosial, Zahiril Adzim: - “Saya Kasihan… Mereka Rasa Ini Sebagai Satu Keperluan”

gempak
05/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Zahiril Adzim tidak menolak dakwaan yang pelakon baharu kini perlu popular di media sosial.
Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
01/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.
Hiburan

“Bila Dengar Ia Seakan Merasuk Kita” - Zahiril Adzim

gempak
08/02/2024
11:55 MYT
Dengar apa tu...
Hiburan

Elvina, Zahiril Nampak 'Benda' Ketika Shooting Filem Waruga!

gempak
23/01/2024
14:40 MYT
Waruga bermaksud tempat persemadian mayat atau makam (kubur) orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia.
Laman Utama

“Sepatutnya Saya Juga Ikut Konvoi Itu” - Zahiril Syukur Beto Kusyairy Dalam Keadaan Baik

gempak
15/11/2023
04:44 MYT
Zahiril syukur Beto okay.